[TERKINI] Krisis Iran-Israel Meluas | Serangan AS ke Tapak Nuklear Cetus Kebimbangan Global – Ini Apa yang Kita Tahu Setakat Ini
GADGETS

Maybank perkenal had transaksi harian baharu untuk tambah nilai

Amanz 06/05/2025 | 07:40 MYT
Maybank mengumumkan pelaksanaan had transaksi harian baharu bagi perkhidmatan tambah nilai, bermula 26 Mei 2025. -Amanz
MAYBANK mengumumkan pelaksanaan had transaksi harian baharu bagi perkhidmatan tambah nilai, bermula 26 Mei 2025.

Ringkasan AI
  • Maybank mengumumkan pelaksanaan had transaksi harian baharu bagi perkhidmatan tambah nilai, bermula 26 Mei 2025.
  • Had transaksi harian secara lalai ditetapkan sebanyak RM200 bagi perkhidmatan prabayar dan kredit permainan, namun pengguna boleh meningkatkan had ini sehingga maksimum RM500 melalui laman Maybank2U dengan pengesahan melalui Secure2U.
  • Setelah had baharu ditetapkan, tempoh bertenang selama 12 jam akan dikenakan sebelum had tersebut berkuat kuasa di aplikasi MAE dan laman sesawang Maybank2U.

Had transaksi harian secara lalai (default) ditetapkan sebanyak RM200 bagi perkhidmatan prabayar, dan kredit permainan. Namun pengguna boleh meningkatkan had ini sehingga maksimum RM500 melalui laman Maybank2U.
Sebarang peningkatan had transaksi memerlukan pengesahan melalui Secure2U.
Setelah had baharu ditetapkan tempoh bertenang selama 12 jam akan dikenakan sebelum had tersebut berkuat kuasa di aplikasi MAE dan laman sesawang Maybank2U.
Sepanjang tempoh berkenaan, pengguna hanya boleh membuat transaksi tambah nilai mengikut had sedia ada.
Maybank akan menghantar pemberitahuan melalui e-mel dan notifikasi di aplikasi MAE apabila tempoh bertenang bermula dan tamat. -Amanz
#Maybank #had transaksi harian #perkhidmatan tambah nilai #RM200