awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Maybank, Petronas ungguli tangga teratas Majikan Siswazah Terbaik 2020

Bernama
Bernama
17/12/2020
21:14 MYT
Maybank, Petronas ungguli tangga teratas Majikan Siswazah Terbaik 2020
10 tempat teratas diungguli oleh Maybank di tempat pertama, Petronas di tempat kedua, diikuti oleh PwC, KPMG, EY, Bank Negara Malaysia, Air Asia, Intel Malaysia, Deloitte dan RHB Banking Group.
KUALA LUMPUR:Maybank dan Petronas menduduki tangga teratas sebagai Majikan Siswazah Terbaik 2020 menerusi Anugerah 100 Majikan Siswazah Terbaik Malaysia.
Menerusi majlis yang dianjurkan secara maya semalam, 10 tempat teratas diungguli oleh Maybank di tempat pertama, Petronas di tempat kedua, diikuti oleh PwC, KPMG, EY, Bank Negara Malaysia, Air Asia, Intel Malaysia, Deloitte dan RHB Banking Group.
GTI Media selaku penganjur anugerah memaklumkan senarai itu adalah berdasarkan 26,654 jawapan kaji selidik mengenai majikan pilihan di Malaysia yang dikumpul daripada graduan.
''Berpusat di United Kingdom, senarai 100 Majikan Siswazah Terbaik Malaysia ini merupakan kaji selidik terbesar dan antara terawal dalam mengkaji kebolehpasaran siswazah di Malaysia," menurut GTI Media dalam kenyataan semalam.
Menurut kenyataan itu, tiga faktor utama responden memilih majikan terbaik adalah peluang bekerja di bawah pemimpin yang bagus, peluang untuk membangun dan mempertingkatkan kemahiran peribadi serta peluang meningkatkan kemahiran profesional.
Anugerah tahunan tersebut turut menyenaraikan pemenang majikan pilihan siswazah mengikut sektor melibatkan 20 sektor utama dan dua kategori istimewa, antaranya BMW Group bagi sektor automatif, Shopee (e-dagang), Sunway Education Group (pendidikan) dan Astro (Media dan Hiburan).
Senarai penuh boleh didapati menerusi https://bit.ly/M100AwardsPresentation2020 dan www.malaysias100.com.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#majikan
#siswazah
#majikan siswazah terbaik
#anugerah
#Maybank
#Petronas
#majikan pilihan
#graduan
#kaji selidik
#GTI Media
#kebolehpasaran siswazah
#peluang bekerja
#pemimpin
#kemahiran
#majikan pilihan siswazah
#Astro
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan