Maybank selenggara perbankan dalam talian, ATM, awal pagi 14 dan 15 Mei

Astro Awani
Mei 13, 2016 09:04 MYT
Antara perkhidmatan yang terjejas termasuk perkhidmatan Maybank2u, akses kepada mesin ATM, dan perkhidmatan kad debit.
Maybank akan melakukan penyelenggaraan tahunan sistem perbankan pada Sabtu dan Ahad, 14 dan 15 Mei ini.
Dalam satu kenyataan di laman webnya hari ini, pelanggan dinasihat menjalankan urusan perbankan mereka lebih awal sebelum perkhidmatan tergendala untuk sementara waktu.
“Untuk mengelakkan sebarang kesulitan dalam tempoh itu, kami menasihatkan anda untuk melakukan transaksi perbankan terlebih dahulu.
"Kami akan berusaha mengurangkan tempoh ketiadaan perkhidmatan ini dan memohon maaf terlebih dahulu atas apa-apa kesulitan yang timbul," menurut kenyataan itu.
Tambah kenyataan itu, penyelenggaraan bagaimanapun hanya melibatkan perkhidmatan tertentu dalam waktu yang ditetapkan dan dijalankan secara berperingkat.
Antara perkhidmatan yang terjejas termasuk perkhidmatan Maybank2u, mesin ATM, kad debit, perbankan melalui telefon Kawanku, dan lain-lain perkhidmatan.
Berikut adalah waktu penyelenggaraan sistem perbankan seperti yang tertera di laman web maybank2u.com.my.

We are conducting system maintenance on 14 & 15 May. Apologies for any inconvenience caused. Details: https://t.co/9asxsQkrZE #MyMaybank

— Maybank (@MyMaybank) May 10, 2016
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Pelanggan boleh menghubungi pihak bank atau melayari laman web Maybank untuk maklumat lanjut.
#Maybank #Maybank2u #sistem perbankan