MALAYSIA
Maybank umum penyelenggaraan sistem berjadual pada 19 dan 20 Ogos ini
Beberapa perkhidmatan seperti DuitNow, JomPAY, FPX dan Interbank GIRO akan terjejas sementara pada 19 dan 20 Ogos 2025. -Gambar fail
MAYBANK memaklumkan bahawa aktiviti penyelenggaraan sistem akan dilaksanakan dalam masa terdekat sebagai usaha memastikan perkhidmatan perbankan dalam talian kekal lancar dan selamat.
Ringkasan AI
Sehubungan itu, perkhidmatan seperti DuitNow, DuitNow Transfer, Request/Send Money, DuitNow QR dan Cross Border tidak dapat diakses melalui Maybank2u, aplikasi MAE dan Maybank2u Biz pada Selasa, 19 Ogos 2025 dari jam 12.30 pagi hingga 2.30 pagi, serta pada Rabu, 20 Ogos 2025 dari jam 12.30 pagi hingga 6.30 pagi.
Perkhidmatan JomPAY turut dijadualkan mengalami gangguan pada Rabu, 20 Ogos 2025 dari jam 3 pagi hingga 4 pagi menerusi Maybank2u, aplikasi MAE dan Maybank2u Biz.
Selain itu, perkhidmatan seperti Interbank GIRO, Financial Process Exchange (FPX) dan Debit Mandate dijangka terjejas sementara di platform Maybank2u web sepanjang tempoh penyelenggaraan.
Maybank memohon maaf atas kesulitan yang berlaku susulan kerja penyelenggaraan sistem tersebut, dan menghargai kesabaran serta sokongan pelanggan. -Amanz
Ringkasan AI
- Maybank akan menjalankan penyelenggaraan sistem untuk memastikan perkhidmatan perbankan dalam talian kekal lancar dan selamat.
- Beberapa perkhidmatan seperti DuitNow, JomPAY, FPX dan Interbank GIRO akan terjejas sementara pada 19 dan 20 Ogos 2025.
- Maybank memohon maaf atas kesulitan dan menghargai kesabaran pelanggan sepanjang tempoh gangguan.