awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Apabila lukisan bernyanyi: M Nasir dan Resonans Muzikal dalam Seni Visual di Galeri PETRONAS
4,433 saman dikeluarkan sempena Op Krismas, Op Ambang Tahun Baru - Ketua Polis Johor
Titah Adendum: Jika mahu tahanan di rumah, bawalah ke Parlimen - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MB cadang tambah gerabak, kekerapan tren shuttle Tebrau ke Woodlands

Bernama
Bernama
18/05/2023
09:25 MYT
MB cadang tambah gerabak, kekerapan tren shuttle Tebrau ke Woodlands
Cadangan itu difahamkan telah diutarakan kepada pihak KTMB dalam lawatan Onn Hafiz ke stesen Johor Bahru Sentral pagi tadi. - Gambar Facebook Onn Hafiz
JOHOR BAHRU: Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi hari ini mencadangkan agar Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB) menambah gerabak dan kekerapan bagi perkhidmatan tren Shuttle Tebrau, di sini, ke Stesen Woodlands, Singapura.
Cadangan itu difahamkan telah diutarakan kepada pihak KTMB dalam lawatan beliau ke stesen Johor Bahru Sentral pagi tadi.
Turut serta dalam lawatan tersebut Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur negeri Mohamad Fazli Mohamad Salleh.
"Saya telah mencadangkan kepada pihak KTMB dua perkara. Pertama, tambahan coach (gerabak) supaya boleh ditambahkan penumpang terutamanya semasa waktu puncak.
"Kedua, menambah kekerapan perkhidmatan keretapi terutamanya pada waktu puncak. Semoga dipermudahkan segala urusan," kata beliau dalam satu hantaran ringkas di Facebook rasmi Menteri Besar Johor, hari ini.
Perkhidmatan tren KTMB Shuttle Tebrau ke Stesen Woodlands, Singapura kembali beroperasi pada 19 Jun tahun lepas setelah lebih dua tahun tidak beroperasi kerana penutupan sempadan antarabangsa disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) susulan COVID-19.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Facebook
#KTMB
#PKP
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan