awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MB, Exco juga patut potong gaji

Sinar Harian
Sinar Harian
26/06/2022
23:45 MYT
MB, Exco juga patut potong gaji
M TINAGARAN: Jika rakyat disaran bercucuk tanam dan ternak haiwan di rumah, Menteri Besar serta Exco kerajaan negeri juga harus lakukan dahulu. - Foto Sinar Harian
IPOH: Parti Keadilan Rakyat (PKR) Perak mencadangkan supaya gaji Menteri Besar dan Exco kerajaan negeri turut dipotong bagi menunjukkan rasa empati mereka terhadap rakyat.
Timbalan Pengerusinya, Datuk MA Tinagaran berkata, bukan itu sahaja, Menteri Besar bersama Exco kerajaan negeri juga harus menyahut saranan kerajaan supaya terlibat dalam aktiviti pertanian seperti bercucuk tanam dan memelihara haiwan ternakan.
Jelas beliau, amat wajar jika pemimpin kerajaan di peringkat negeri turut bersama-sama mempertimbangkan cadangan tersebut.
"Memanglah potong gaji Menteri Besar dan Exco ini bukan penyelesaian holistik terhadap isu yang dihadapi rakyat ketika ini, namun mereka perlu menunjukkan teladan yang baik.
"Jika rakyat disaran bercucuk tanam dan ternak haiwan di rumah, Menteri Besar serta Exco kerajaan negeri juga harus lakukan dahulu," katanya kepada Sinar Harian pada Ahad.
Sementara itu, Naib Pengerusi PKR Perak, Tan Kar Hing berkata, tindakan memotong gaji Menteri Besar dan Exco kerajaan negeri pernah dilaksanakan ketika era Pakatan Harapan (PH).
Menurutnya, ketika itu potongan tersebut dibuat bagi mengisi Tabung Harapan sebagai membantu kewangan kerajaan ketika itu.
Bekas Exco kerajaan negeri itu berkata, isu inflasi yang dihadapi rakyat ketika ini perlu ditangani menerusi penambahbaikan dasar kerajaan sedia ada. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#MA Tinagaran
#potong gaji
#Menteri Besar
#exco kerajaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan