awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MB, Exco Perak sumbang tiga bulan gaji pada Tabung Bencana COVID-19

Aida Aziz
Aida Aziz
02/06/2021
07:16 MYT
MB, Exco Perak sumbang tiga bulan gaji pada Tabung Bencana COVID-19
Menurut Saarani, langkah ini diambil bagi menghadapi impak pandemik COVID-19 termasuk penutupan sektor sosial dan ekonomi yang dilaksanakan selama dua minggu sehingga 14 Jun ini. - Gambar hiasan BERNAMA
IPOH: Menteri Besar Perak, Datuk Saarani Mohamad dan 10 Exco bersetuju menyumbangkan gaji masing-masing selama tiga bulan kepada Tabung Bencana COVID-19.
Menurut Saarani, sumbangan itu sedikit sebanyak diharapkan dapat membantu golongan yang terkesan sepanjang pandemik COVID-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Penuh.
"Sumbangan ini membabitkan Menteri Besar Perak dan dipersetujui oleh 10 Exco yang lain, untuk kita sumbangkan kepada Tabung Bencana COVID-19.
"Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Penasihat Undang-Undang Negeri Perak dan Pegawai Kewangan Negeri Perak, mereka akan ikut seperti mana yang diputuskan untuk kakitangan kerajaan (seperti yang diumumkan kerajaan sebelum ini)," katanya kepada wartawan dalam sidang media secara maya selepas mempengerusikan Mesyuarat Kerajaan Negeri, di sini pada Rabu.
Selain Perak, jirannya, Pulau Pinang turut mengumumkan sumbangan sebulan gaji Ketua Menteri dan Exco kerajaan negeri kepada Tabung COVID-19.
BACA KISAH 6 INDIVIDU DALAM MENGHARUNGI PKP 3.0 'DIARI LOCKDOWN'
Pada Isnin, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memaklumkan setibagai tanda sokongan, barisan jemaah Menteri bersetuju untuk tidak mengambil gaji selama tiga bulan mulai Jun ini.
Meunurut Muhyiddin, gaji yang tidak diambil akan disumbangkan ke dalam Akaun Amanah Bencana Negara sebagai membiayai perbelanjaan berkaitan COVID-19.
Dalam perkembangan sama, sebahagian Imbuhan Tetap Keraian (ITK) bagi Pengurusan Tertinggi dan Gred 44 hingga Gred 56 serta Imbuhan Tetap Khidmat Awam (ITKA) bagi Gred 29 hingga Gred 41 yang dinikmati oleh penjawat awam ketika iniakan disumbangkan kepada Akaun Amanah Bencana dalam tempoh tiga bulan.
Sumbangan membabitkan lebih 800,000 penjawat awam itu bagaimanapun tidak termasuk petugas barisan hadapan serta penjawat awam Gred 1 hingga Gred 28 yang dianggarkan berjumlah lebih RM30 juta.
Topic Berkaitan
#Muhyiddin Yassin
#COVID-19
#perintah kawalan pergerakan
#PKP 3 0
#Pakej Rangsanga Ekonomi Perak Sejahtera 2021
#PRE 2021
#PEMERKASA Plus
#ekonomi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan