ALOR SETAR: Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor membayar kompaun RM1,500 kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dalam kes memandu uji sebuah pikap di Autocity Juru, Pulau Pinang, 5 Jun lalu.

Pegawai Khas Media Menteri Besar Kedah Mohamad Helmi Mohamad Khalid, ketika dihubungi hari ini, berkata polis menyerahkan notis kompaun itu semalam dan jumlah itu dibayar di Pejabat Kesihatan Daerah Kota Setar pada hari yang sama.

BACA: Langgar SOP: Polis serah kompaun kepada MB Kedah semalam


Langgar SOP | Sanusi bayar kompaun selepas terima notis

Sebelum ini, seorang wanita melalui laman Facebook mendedahkan beliau ternampak Sanusi bersama dua pembantunya memandu uji sebuah pikap di Autocity Juru.

Susulan itu, polis telah menjalankan siasatan mengikut Seksyen 269 Kanun Keseksaan dan Peraturan 17(1) Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2021.

-- BERNAMA