awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Yayasan Sultan Ibrahim Johor terima sumbangan RM1 juta daripada Malik Streams
Kejayaan Kerajaan MADANI hasil kestabilan dasar, keberanian reformasi - PM Anwar
Inisitaif MySTEP diteruskan pada 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MB Kedah, tiga Exco negatif COVID-19

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
19/09/2020
05:35 MYT
MB Kedah, tiga Exco negatif COVID-19
Muhammad Sanusi Md Nor serta tiga anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri disahkan negatif COVID-19, kata Pengarah Kesihatan Kedah, Dr Mohd Fikri Ujang. - Gambar fail
Hasil keputusan sampel ujian saringan COVID-19 yang dijalani ke atas Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor termasuk tiga anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMK) disahkan negatif.
Menurut Pengarah Kesihatan Kedah, Dr Mohd Fikri Ujang, tiga anggota MMK berkenaan yang turut menjalani saringan semalam adalah Datuk Dr Mohd Hayati Othman, Datuk Mohd Najmi Ahmad dan Romani Wan Salim.
Selain itu, turut menjalani ujian berkenaan ialah pegawai-pegawai Pejabat Menteri Besar Kedah dan sebilangan pimpinan Pas Negeri Kedah yang menghadiri program penyerahan sumbangan Pas Kedah kepada Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Daerah Kota Setar di Wisma Darul Aman pada 14 September lalu.
Katanya, ujian tersebut diadakan berikutan terdapat laporan seorang daripada yang menghadiri program terbabit disahkan positif COVID-19.
Bagaimanapun, sebagai langkah penjagaan diri, Dr Mohd Fikri mengingatkan semua individu termasuk yang tinggal di luar kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) untuk terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) terutama memakai pelitup muka, mencuci tangan dan mengamalkan penjarakan sosial.
Topic Berkaitan
#COVID19
#Exco
#Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri
#Menteri Besar Kedah
#Muhammad Sanusi Md Nor
#negatif
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan