awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
PM Anwar gesa kerajaan negeri patuhi keputusan isu rumah ibadat
Nurul Izzah tubuh Jawatankuasa Pengawasan Bebas untuk perkukuh SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MB Kelantan zahir takziah kepada keluarga mangsa renjatan elektrik

Bernama
Bernama
19/12/2022
20:20 MYT
MB Kelantan zahir takziah kepada keluarga mangsa renjatan elektrik
Ahmad turut menziarahi keluarga mangsa serta menghulurkan sumbangan wang tunai bagi meringankan beban keluarga berkenaan. - Foto fail/BERNAMA
KOTA BHARU: Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga tiga beradik perempuan yang maut akibat terkena renjatan elektrik di Kampung Bendang Surau dekat Morak, Tumpat, pagi semalam.
"Saya merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa renjatan elektrik di Kampung Morak. Semoga Allah SWT mengurniakan ketabahan dan kesabaran kepada ahli keluarga mangsa," katanya menerusi hantaran di laman sosial media Facebook miliknya, malam tadi.
Terdahulu, Ahmad turut menziarahi keluarga mangsa serta menghulurkan sumbangan wang tunai bagi meringankan beban keluarga berkenaan.
Sementara itu, Pengarah Sekretariat Pusat Khidmat Parlimen Tumpat Shalah Huddin Che Husin yang mewakili Ahli Parlimen Tumpat Datuk Mumtaz Md Nawi turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa.
"Datuk Mumtaz masih berada di Kuala Lumpur bagi sesi angkat sumpah di Parlimen hari ini. Sejurus selesai sidang dewan rakyat esok, beliau akan pulang ke Tumpat dan terus menziarahi keluarga mangsa," katanya.
Media semalam melaporkan, tiga beradik perempuan maut akibat terkena renjatan elektrik di sebuah rumah yang mengalami banjir di Kampung Bendang Surau dekat Morak, pagi Isnin.
BACA: Tiga beradik maut terkena renjatan elektrik
Mangsa Noor Fathiah Mohd Nadzir, 27, Sakinah, 29, dan Nurul Syazwani, 33, meninggal dunia di tempat kejadian kira-kira jam 11.30 pagi.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#banjir kelantan
#renjatan elektrik
#MB Kelantan
#Ahmad Yakob
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan