awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dua anggota penguat kuasa MBPP cedera belon dirampas meletup
EU kecam pelanggaran gencatan senjata berulang kali oleh Israel di Gaza
Pelakon Pablo Amirul dan Dr Hana kini sah suami isteri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MB Pahang berbasikal pulang ke rumah selepas hadir sidang Dewan

Bernama
Bernama
18/04/2017
11:03 MYT
MB Pahang berbasikal pulang ke rumah selepas hadir sidang Dewan
Semasa sidang berhenti rehat tengah hari, Adnan pulang dengan mengayuh basikal ke rumahnya di Kubang Buaya selama hampir 25 minit tanpa disedari ahli-ahli DUN yang lain. Gambar fail
Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob hari ini, pulang ke rumahnya menggunakan basikal baharu yang merupakan hadiah ulang tahun kelahirannya yang ke-67 hari ini.
Basikal jenis Nordic Track bernilai RM1,600 itu merupakan pemberian Yayasan Pahang dan diserahkan kepadanya semasa persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang di Wisma Sri Pahang di sini, berhenti rehat pagi tadi.
"Beliau (Adnan) mengambil dan mengayuh basikal tersebut mengelilingi bangunan Wisma Pahang sebelum masuk semula ke dewan dengan wajah gembira.
"Semasa sidang berhenti rehat tengah hari, beliau pulang dengan mengayuh basikal ke rumahnya di Kubang Buaya selama hampir 25 minit tanpa disedari ahli-ahli DUN yang lain," kata sumber semasa dihubungi di sini, hari ini.
Menurut sumber berkenaan, perjalanan itu yang sejauh kira-kira enam kilometer melibatkan laluan Jalan Gambut, Jalan Teluk Sisek sebelum ke Kubang Buaya dengan diiringi dua anggota polis trafik serta sebuah ambulans. -- Bernama
Topic Berkaitan
#Adnan Yaakob
#basikal
#Dewan Undangan Negeri
#hadiah harijadi
#Menteri Besar
#Pahang
#Yayasan Pahang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan