MALAYSIA
MB Perlis umum potong gaji RM3,000, Exco RM1,500
Abu Bakar (kanan) memulakan tugas hari pertama sebagai Menteri Besar Perlis yang baharu hari ini. - Foto Astro AWANI
ARAU: Menteri Besar Perlis yang baharu, Abu Bakar Hamzah, mengumumkan pemotongan gaji beliau sebanyak RM3,000 pada setiap bulan berkuat kuasa serta-merta.
Ringkasan AI
Selain itu, gaji exco kerajaan negeri yang bakal dilantik selepas ini juga akan turut dipotong sebanyak RM1,500 sebulan.
Abu Bakar berkata, langkah tersebut merupakan antara usaha dilakukan beliau bagi menstabilkan ekonomi rakyat termasuk membantu mengurangkan bebanan kewangan negeri.
“Kita kena memberi khidmat kepada rakyat serta negeri dan disebabkan itu saya dengan rela hati bersetuju dengan pemotongan gaji ini,” katanya selepas sesi clock-in di Pejabat Menteri Besar, di sini, hari ini.
Pada Ahad, Abu Bakar mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Perlis Kesembilan di hadapan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail di Istana Arau.
Beliau dilantik susulan krisis didakwa melanda kerajaan negeri sebelum ini apabila lapan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perikatan Nasional (PN) Perlis dikatakan bertemu Raja Perlis dengan majoriti menyatakan telah hilang kepercayaan dan menarik sokongan terhadap bekas Menteri Besar, Mohd Shukri Ramli.
Abu Bakar berkata, tugas yang diamanahkan kepada beliau merupakan satu tanggungjawab besar dan akan diteruskan demi kebaikan rakyat dan negeri ini.
“Saya yakin dan percaya dengan kepimpinan dan pengalaman sedia ada oleh Setiausaha Kerajaan Negeri bersama pegawai-pegawai kerajaan negeri dapat membantu untuk hasilkan pentadbiran yang sempurna.
“Dan apa yang kita lakukan ini adalah bertujuan untuk semarakkan dan menaikkan imej negeri,” katanya.
Tambah Abu Bakar, beliau juga berikrar akan memastikan segala amanah yang diberikan menerusi pelantikan itu dapat dilaksanakan dan menjadi realiti.
“Saya sebagai orang yang menerima amanah dan dilantik dengan perkenan Raja Perlis amat menyanjung tinggi dan berikrar untuk pastikan setiap yang diamanahkan ini menjadi realiti,” katanya.
Ringkasan AI
- Menteri Besar Perlis, Abu Bakar Hamzah umum pemotongan gaji beliau sebanyak RM3,000 setiap bulan bagi menstabilkan ekonomi rakyat dan mengurangkan bebanan kewangan negeri.
- Gaji exco kerajaan negeri yang akan dilantik selepas ini turut dipotong sebanyak RM1,500 sebulan sebagai sebahagian daripada usaha membantu rakyat.
- Abu Bakar, yang dilantik sebagai Menteri Besar Perlis Kesembilan, menegaskan komitmen untuk melaksanakan amanah dengan sempurna demi kebaikan rakyat dan negeri.