awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Salah bayar cukai pendapatan hampir separuh daripada gaji
57 mangsa tanah runtuh di Bandung Barat dikenal pasti, operasi SAR diteruskan
Pembaikan cerun di Jalan Lojing-Gua Musang dijangka bermula Mac - Nanta
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MB Selangor akan adakan mesyuarat bincang rampasan bible

Astro Awani
Astro Awani
14/06/2014
14:32 MYT
MB Selangor akan adakan mesyuarat bincang rampasan bible
Tan Sri Khalid Ibrahim akan mengadakan perbincangan susulan isu rampasan bible versi Bahasa Melayu dan Iban milik Persatuan Bible Malaysia - Gambar fail
Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim akan mengadakan perbincangan pada minggu hadapan susulan isu rampasan bible versi Bahasa Melayu dan Iban milik Persatuan Bible Malaysia (BSM).
Khalid Ibrahim berkata beliau telah meminta Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohamed Khusrin Munawi untuk memanggil mesyuarat bersama Mufti Negeri, Datuk Seri Setia Haji Mohd Tamyes Abdul Wahid, EXCO Agama, Salehen Mukyi, Penasihat Undang-undang Negeri, Datuk Nik Suhaimi Nik Sulaiman serta wakil Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) untuk mengadakan perbincangan pada minggu hadapan.
"Kerajaan Negeri akan cuba mendapatkan persetujuan bersama sebelum mengadap DYMM Sultan Selangor untuk kata putus," kata Khalid dalam satu kenyataan pada Sabtu.
Khamis lalu, Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail telah memutuskan kes menutup kes rampasan 300 kitab bible daripada BSM, Januari lepas kerana tiada kes untuk didakwa dan menasihatkan kerajaan negeri untuk mengikut proses undang-undang dalam mengendali barang kes yang diambil daripada BSM.
Kerajaan negeri kemudiannya meminta Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mendapatkan khidmat nasihat Salehen Mukyi dan Nik Suhaimi tentang prosedur serta tatacara menurut peruntukan undang-undang bagi tindakan lanjut yang perlu diambil.
Terdahulu, MAIS dalam kenyataannya mengatakan tidak bersetuju dengan keputusan Abdul Gani menutup kes dan mendakwa kerajaan negeri tiada kuasa untuk mengarahkan JAIS memulangkan barang kes kepada BSM.
MAIS turut menyatakan pendirian bahawa mereka tidak akan memulangkan bible yang diambil daripada BSM itu.
Topic Berkaitan
#Bible
#BSM
#JAIS
#Khalid Ibrahim
#MAIS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan