awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MB Terengganu kini bergelar jurutera profesional

Astro Awani
Astro Awani
23/08/2024
01:00 MYT
MB Terengganu kini bergelar jurutera profesional
Ahmad Samsuri kini bergelar jurutera profesional atau disebut sebagai Ir iaitu kelayakan tertinggi dalam profesion kejuruteraan di negara ini. - Gambar fail Bernama
KUALA LUMPUR: Sejajar dengan kelayakan beliau, Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar kini bergelar jurutera profesional atau disebut sebagai Ir iaitu kelayakan tertinggi dalam profesion kejuruteraan di negara ini.
Bergelar jurutera profesional ketika beliau sibuk memberi tumpuan pada tugas sebagai Menteri Besar kembali mengingatkan Ahmad Samsuri pada cita-cita yang pernah dikongsi beliau di dalam kelas semasa darjah 1 pada 1977.
"Saya masih ingat ketika minggu pertama persekokahan pada Januari 1977, ketika itu saya Tahun Satu di Sekolah Kebangsaan (SK) Pusat, Jertih, Besut.
"Ketika itu guru kelas bertanya kepada saya mengenai cita-cita untuk ditulis dalam buku peribadi setiap murid dan saya segera jawab mahu jadi 'engineer'," kata Ahmad Samsuri mengenai sejarah silamnya dalam hantaran di media sosial beliau pada Khamis.
Namun begitu, kata beliau, untuk menerima anugerah itu, beliau terpaksa melalui proses yang agak panjang di bawah Registration of Engineers Act 1967 serta Registration of Engineers Regulation 1990 (Regulation 19).
"Hari ini saya menerima keputusan permohonan saya sebagai jurutera profesional atau Ir selepas selesai menjalani proses yang sepatutnya di Lembaga Jurutera Malaysia.
"Alhamdulillah, saya dengan rasminya turut bersama dengan keluarga jurutera profesional di Malaysia yang bilangannya hampir 8,000 orang ketika ini," tulis Ahmad Samsuri lagi.
Dalam masa sama, Ahmad Samsuri berkata, sekalipun menjawat tugas eksekutif tertinggi di Terengganu ketika ini, itu bukan penghalang dan beliau tetap berusaha menjalani proses untuk menjadi jurutera profesional.
Sebaliknya, kata beliau, ia sebagai motivasi terhadap dirinya untuk lebih baik di masa depan.
"Cabaran akan tiba untuk menguji kita, itulah yang membezakan sama ada kita mampu menjadi yang terbaik atau tidak.
"Ia juga menjadi motivasi kepada semua anak-anak yang masih di alam persekolahan atau universiti untuk terus berusaha memajukan diri," katanya.
Topic Berkaitan
#MB Terengganu
#jurutera profesional
#Ahmad Samsuri Mokhtar
#Ir Ahmad Samsuri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan