MALAYSIA
MBJB tawar diskaun 50 peratus lot kedai di Medan Niaga Kampung Melayu
Kerajaan negeri berharap program ini menjadi platform penting dalam pembangunan ekonomi komuniti, memupuk usahawan tempatan, dan menggalakkan pertumbuhan perniagaan kecil dan sederhana di Johor. - Foto FB Hairi Mad Shah
JOHOR BAHRU: Kerajaan Negeri bersama Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) menawarkan diskaun sewaan sebanyak 50 peratus selama setahun kepada usahawan kecil dan sederhana yang ingin membuka perniagaan di Medan Niaga Kampung Melayu di sini.
Ringkasan AI
Permohonan lot kedai terbabit kini dibuka sehingga pertengahan Disember.
Exco Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri Johor, Hairi Mad Shah berkata, Medan Niaga Kampung Melayu menempatkan medan selera dan pasar basah, menyediakan ruang strategik bagi peniaga memasarkan produk mereka kepada orang ramai.
"Tempat ini dijangka menjadi tumpuan ekonomi komuniti setempat.
“Peluang ini dapat merancakkan ekonomi setempat serta membantu peniaga memanfaatkan ruang niaga yang disediakan,” katanya menerusi perkongsian di laman Facebook pada Ahad.
Kerajaan negeri turut berharap program ini menjadi platform penting dalam pembangunan ekonomi komuniti, memupuk usahawan tempatan, dan menggalakkan pertumbuhan perniagaan kecil dan sederhana di Johor.
Orang ramai yang berminat boleh menghubungi Bahagian Pengurusan Harta MBJB atau hadir terus ke Menara MBJB atau menghubungi Ahli Majlis MBJB Zon Kampung Melayu bagi maklumat lanjut.
Ringkasan AI
- Kerajaan Negeri dan MBJB menawarkan diskaun sewaan 50% selama setahun kepada usahawan kecil di Medan Niaga Kampung Melayu.
- Medan Niaga ini menyediakan ruang strategik untuk peniaga memasarkan produk serta dijangka memacu ekonomi komuniti setempat.
- Program ini diharapkan dapat memupuk usahawan tempatan, galakkan pertumbuhan perniagaan kecil dan sederhana, serta menjadi tumpuan ekonomi komuniti di Johor.