MALAYSIA
MBKT arah cabut palang parkir didirikan tanpa kebenaran di Pulau Warisan
Pekerja MBKT menampal notis pada palang parkir yang dipasang tanpa kebenaran di pintu masuk dan keluar Pulau Warisan di Kuala Terengganu. - Foto MBKT
KUALA TERENGGANU: Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) mengambil tindakan segera dengan mengeluarkan notis ke atas sebuah syarikat berhubung pemasangan palang parkir yang didirikan tanpa kebenaran di kawasan Pulau Warisan di sini.
Notis itu dikeluarkan dalam operasi jam 9.45 malam Sabtu, susulan penularan video di media sosial hari sama yang mencetuskan reaksi orang ramai kerana dipercayai mengehadkan laluan ke kawasan tersebut.
Datuk Bandar Kuala Terengganu, Datuk Jusman Ibrahim berkata, tindakan itu diambil di bawah Seksyen 46(1)(a), Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133).
"Saya difahamkan palang tersebut dipasang sebagai halangan kepada orang ramai daripada memasuki kawasan persendirian (tanah milik).
"Jadi kita mohon pemilik untuk mengalih atau merobohkan besi (palang) tersebut dengan segera," katanya ketika dihubungi pada Ahad.
Jelas beliau, sebarang pemasangan atau struktur di kawasan awam perlu mengemukakan permohonan pelan pembinaan terlebih dahulu.
Dalam perkembangan sama, katanya, orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa merujuk sumber rasmi MBKT bagi mengelakkan kekeliruan dan penyebaran maklumat tidak tepat.
Sebelum ini, tular rakaman video berdurasi 37 saat di media sosial memaparkan empat palang dipasang di pintu masuk dan keluar Pulau Warisan sehingga menimbulkan pelbagai reaksi orang ramai.
Kebanyakan pengguna berpandangan tindakan itu menyukarkan pengunjung yang mahu beriadah dan berkunjung di kawasan tumpuan awam tersebut.
Selain itu, ada juga yang menyifatkan tindakan memasang palang tersebut menyukarkan kemasukan pengunjung sekali gus merugikan peniaga kecil yang berniaga di kawasan itu. - Sinar Harian