awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesej Krismas Raja Charles: Tekankan perpaduan dalam kepelbagaian komuniti
Turkiye tahan 115 suspek Daish rancang serangan tahun baharu
Jangan lihat kuasa pengampunan Agong daripada kaca mata politik, kehendak massa semata-mata - Pakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MBPP ambil tindakan terhadap penganjur pesta Songkran di Batu Ferringhi

Bernama
Bernama
16/04/2025
15:26 MYT
MBPP ambil tindakan terhadap penganjur pesta Songkran di Batu Ferringhi
Timbalan Ketua Menteri I Datuk Dr Mohamad Abdul Hamid berkata pihak berkuasa tempatan (PBT) itu juga akan mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada penganjur acara terbabit. - Gambar fail/BERNAMA
GEORGE TOWN: Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) akan mengambil tindakan terhadap penganjur berhubung kejadian beberapa wanita yang dilaporkan menari dalam keadaan separuh bogel di kawasan pelancongan di Batu Ferringhi, dekat sini baru-baru ini.
Timbalan Ketua Menteri I Datuk Dr Mohamad Abdul Hamid berkata pihak berkuasa tempatan (PBT) itu juga akan mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada penganjur acara terbabit.
"Penganjuran pesta Songkran di Batu Ferringhi baru-baru ini adalah di bawah bidang kuasa pihak berkuasa tempatan iaitu MBPP dan penganjur mempunyai lesen hiburan, namun penganjuran tidak mengikut syarat yang ditetapkan.
"Pihak MBPP akan mengambil tindakan termasuk mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada penganjur acara itu," katanya ketika dihubungi hari ini.
Terdahulu media melaporkan beberapa wanita menari dalam keadaan separuh bogel di atas pentas sempena pesta Songkran di Batu Ferringhi, baru-baru ini mencetuskan kemarahan warganet selepas rakaman video kejadian itu tular menerusi media sosial, malah kejadian itu berlaku 50 meter dari sebuah masjid di situ.
Mohamad yang juga Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) berkata pandangan beliau adalah selari dengan pandangan Mufti Pulau Pinang Datuk Dr Mohd Sukki Othman yang menegaskan umat Islam dilarang mengambil bahagian dalam festival Songkran, sama ada secara langsung atau tidak langsung.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Abdul Rozak Muhammad berkata penganjur acara pada hujung minggu itu tidak memohon permit daripada polis kerana ia diadakan dalam kawasan persendirian oleh sebuah restoran yang mempunyai lesen perniagaan dan hiburan am yang sah daripada MBPP.
"Memandangkan acara itu berlangsung dalam kawasan persendirian, pihak penganjur tidak diwajibkan untuk memohon permit daripada polis dan pemantauan yang dijalankan sepanjang acara ini berlangsung tidak terkesan insiden tidak diingini berlaku," katanya sambil menambah sehingga kini tiada laporan polis diterima berkaitan penganjuran sambutan pesta Songkran itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#MBPP
#pulau pinang
#Pesta Songkran
#Batu Ferringhi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan