GEORGE TOWN: Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) membuat laporan polis berhubung seorang lelaki menyamar sebagai petugas pembersihan pihak berkuasa tempatan (PBT) itu dipercayai untuk meminta 'angpau' daripada penduduk di kawasan Batu Lancang, di sini baru-baru ini.
MBPP dalam kenyataan memaklumkan pihaknya memandang serius dan tidak berkompromi terhadap mana-mana individu yang menyamar sebagai kakitangannya dalam apa jua keadaan.
"Susulan aduan yang diterima daripada orang awam berhubung kejadian seorang lelaki yang memakai pakaian seragam MBPP dan meminta angpau di kawasan perumahan, pegawai bertugas telah turun padang membuat siasatan terhadap perkara tersebut.
"MBPP mengesahkan lelaki itu bukan kakitangan kami dan dia dengan niat jahat menyamar sebagai petugas pembersihan MBPP dan helah tersebut telah berjaya dikesan," menurut kenyataan itu malam ini.
Menurut kenyataan itu, ketika ditahan lelaki tersebut sedang mengambil bungkusan diberikan oleh seorang penduduk di kawasan berkenaan, namun selepas ditanya mengenai butiran diri dan tindakan mengambil bungkusan itu, dia meminta maaf lalu mengaku bukan pekerja MBPP.
MBPP turut memaklumkan pemberian angpau kepada petugas pembersihan tidak dibenarkan dan meminta kerjasama daripada orang ramai untuk tidak memberi sebarang bentuk sumbangan terhadap kakitangan PBT itu.
"Sesiapa yang mendekati atau meminta angpau dalam apa jua keadaan sama ada kakitangan MBPP atau seseorang yang menyamar sebagai kakitangan PBT, laporkan segera menerusi talian Hotline MBPP 24 jam 04-2637637 (pejabat) dan 016-2004082 (Whatsapp Aduan MBPP)," menurut kenyataan itu.
Hari ini tular video berdurasi 1 minit 10 saat seorang lelaki memakai pakaian MBPP mengambil bungkusan daripada pemilik rumah dan berjaya dikesan kakitangan PBT berkenaan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jan 25 2023

MBPP berkata pihaknya memandang serius dan tidak berkompromi terhadap mana-mana individu yang menyamar sebagai kakitangannya dalam apa jua keadaan. - Gambar/ Media sosial

Mustafa Centre dari Singapura bakal buka gedung pertama di Johor Bahru
Mustafa akan membeli 591 unit runcit yang tidak terjual di Capital City Mall daripada syarikat tersebut yang merupakan gabungan kawasan boleh sewa bersih seluas 641,216 kaki persegi.

Alami pengalaman menakjubkan di Astro Experience Store
Premis baharu itu menawarkan pelanggan pengalaman luar biasa dalam menerokai kepelbagaian produk dan perkhidmatan disediakan Astro.

Pembersihan UMNO: Jangan salahkan Presiden, itu keputusan Lembaga Disiplin - Saarani
Saarani berkata sebagai ahli perlu akur kepada perlembagaan dan peraturan parti bahawa mana-mana ahli yang membuat silap dan melanggar disiplin akan dikenakan tindakan.

COVID-19 | Perancis lanjutkan ujian COVID bagi pelancong dari China
Perancis memutuskan untuk melanjutkan ujian COVID-19 terhadap pelancong yang tiba dari China sehingga 15 Februari kerana terdapat beberapa situasi dan perkembangan baharu.

Kerakusan Zahid bakal ranapkan UMNO - Penganalisis politik
Kerakusan Ahmad Zahid akan meranapkan UMNO dan bakal dicatat dalam sejarah sebagai Presiden yang menghancurkan UMNO, kata Kartini Aboo.

AWANI Ringkas: Penyelesaian banjir di Johor

AWANI Ringkas: Serangan bersenjata di Tehran

Vaksin COVID-19 | Jumlah penerima dos penggalak kedua bertambah, kini 2.4%
Kemas kini terbaharu di portal KKM NOW menunjukkan, dengan pemberian harian sebanyak 1,779 dos, bilangan penerima dos penggalak kedua kini meningkat kepada 2.4 peratus.

COVID-19 | 258 kes baharu, dua kematian dilaporkan
Untuk 21 hari berturut-turut, jangkitan baharu COVID-19 dalam negara kekal berada di bawah 500 kes.

Pembersihan UMNO: Hasni terasa seolah dibuli selepas berikan terbaik
Perkara tersebut diputuskan selepas hanya kerana beliau menyokong cadangan supaya jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO dipertandingkan dalam pemilihan nanti.

MBPP buat laporan polis lelaki menyamar petugas minta 'angpau'
MBPP membuat laporan polis berhubung lelaki menyamar sebagai petugas pembersihan PBT itu dipercayai untuk meminta 'angpau' daripada penduduk di kawasan Batu Lancang.

Tiga premis makanan di P.Pinang diarah tutup kerana kotor, ada najis tikus
Ia didapati tidak menepati piawaian kebersihan yang ditetapkan termasuk penemuan najis tikus di dalam premis.

KPKT galakkan PBT guna pendekatan teknologi hijau
KPKT menyokong inisiatif hijau oleh MBPP untuk memasang struktur bumbung dan penggunaan tenaga solar di Jambatan Harapan.

MBPP arah jurutera beri penjelasan insiden air bertakung hujung jejantas semasa hujan
Siasatan awal menunjukkan takungan berlaku disebabkan sampah sarap yang banyak dan daun-daun kering yang menghalang laluan air ke sistem perparitan sedia ada.

COVID-19: Pasar Chowrasta, Lebuh Cecil diarah tutup
Bagi Pasar Chowrasta pula ia melibatkan 157 gerai di dalam pasar, 56 gerai di medan selera dan 62 gerai sementara yang berada di luar pasar berkenaan.

Pejabat SUK Pulau Pinang ditutup dua hari proses sanitasi
Proses sanitasi akan dilakukan di keseluruhan bangunan pejabat untuk mengekang penularan COVID-19.

Seorang lagi suspek pecah masuk rumah Datuk Bandar MBPP ditahan
Suspek berusia 32 tahun itu ditahan awal pagi tadi di kawasan Balik Pulau.

Polis tahan empat lelaki bantu siasatan kes pecah masuk kediaman Datuk Bandar MBPP
Polis tahan empat lelaki termasuk dua beradik bagi membantu siasatan berhubung kes pecah masuk kediaman rasmi Datuk Bandar Majlis Bandaraya Pulau Pinang.

Permohonan permit sementara bazar Ramadan di Bandaraya Pulau Pinang dibuka hari ini
Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) mempelawa mereka yang ingin menganjurkan bazar Ramadan di kawasan seliaan pihak berkuasa tempatan itu agar memohon permit sementara bermula hari ini.

Kakitangan positif COVID-19, Pejabat Jabatan Perbendaharaan MBPP ditutup tiga hari
MBPP dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan kakitangan di Jabatan Perbendaharaan disahkan positif petang semalam.