Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) akan mengkaji cadangan beberapa pengusaha nasi kandar di bahagian pulau untuk menjalankan operasi penghantaran makanan pada waktu sahur dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkuat kuasa.
Datuk Bandar MBPP Datuk Yew Tung Seang berkata perkara itu akan dikaji dengan lebih teliti dan mendalam berhubung keperluan pengusaha restoran nasi kandar untuk beroperasi pada waktu itu.
"MBPP akan kaji terlebih dahulu dengan pihak berkuasa seperti polis sama ada cadangan itu boleh diguna pakai ketika PKP," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.
Terdahulu, Presiden Komuniti India Muslim Malaysia (IMCom) Mohd Rizwan Abdul Ghafoor Khan memohon MBPP supaya pertimbangkan cadangan itu kerana prihatin akan nasib pekerja kilang yang bekerja pada waktu malam dan golongan bujang yang tidak dapat keluar membeli makanan disebabkan PKP.
"Kami memohon waktu operasi pada waktu sahur selama tiga jam bermula 2.30 pagi hingga 5.30 pagi dan kami menggunakan perkhidmatan penghantar makanan, (dan tempahan makanan) dalam talian iaitu 'Mr Runner' yang boleh dimuat naik menerusi Google Apps Store yang akan dilancarkan minggu ini," katanya kepada Bernama.
Beliau berkata cadangan itu juga bagi membantu petugas barisan hadapan terutama yang bertugas pada waktu malam untuk membuat pesanan jika menghadapi kesulitan mendapatkan bekalan makanan untuk sahur.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 20 2020

Boleh atau tidak? Semuanya bakal ditentukan selepas penelitian pihak MBPP. - Astro AWANI

Djokovic atasi rekod Federer sebagai pemain nombor satu paling lama
Dengan Federer sudah menjangkau usia 40 tahun dan Nadal tua setahun daripadanya, pemain berusia 33 tahun itu masih mempunyai masa untuk mencipta lebih banyak sejarah.

Penunggang motosikal berpaut pada pintu lori selepas dilanggar, isteri maut
Penunggang motosikal berpaut pada pintu lori sejauh 11 kilometer selepas dilanggar oleh lori berkenaan.

166,363 terima suntikan vaksin, Sarawak rekod jumlah paling tinggi - Dr Noor Hisham
Dr Noor Hisham berkata, daripada jumlah itu, Sarawak kekal merekodkan jumlah paling tinggi iaitu seramai 25,271 individu.

Wanita dibelasah suami hanya kerana minta bayar yuran sekolah anak
Mangsa berusia 39 tahun itu dilapor dipukul dengan kerusi dan rak perkakas dapur.

Berbasikal | TSG terus cemerlang di Turki
Khabar gembira dari sukan berbasikal, Terengganu Cycling Team (TSG) menang lagi di Turki...kali ini, menerusi kayuhan Carlos Quintero dan Metkel Ayob, sekaligus berjaya tamatkan kempen di Turki dengan cemerlang.

Kes wanita mati dijerut: Ikram sedia beri kerjasama bantu siasatan polis
Ikram menggesa orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi sebagai menghormati perasaan keluarga dan sahabat handai Allahyarham.

Ibu 12 anak jual jamu selepas spa terpaksa ditutup akibat COVID-19
Rabtahwati bernasib baik apabila dia mewarisi kemahiran memproses jamu daripada neneknya yang merupakan seorang bidan.

Penduduk Kampung Melayu Seelong terima air melalui projek Wakaf Air
Pelaksanaan projek melibatkan penyambungan sistem retikulasi dan ditakung dalam tangki sedutan berkapasiti 500 gelen.
![AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemaskini COVID-19 [9 Mac 2021] AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemaskini COVID-19 [9 Mac 2021]](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1894349/26093765541615250303058_640x360.jpg)
AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemaskini COVID-19 [9 Mac 2021]
Ketahui berita yang perlu anda tahu hari ini bersama Afiezy Azaman dan juga Hafizi Rosli dalam #AWANIpagi 9 Mac 2021 Antara fokus berita pagi ini merangkumi: 1. Malaysia muktamad terima 32 juta dos vaksin Pfizer-BioNTech 2. Kerajaan cadang perluas kemudahan Bekerja Dari Rumah dengan gaji penuh #AWANIpagi #AWANInews #HapusCOVID19

Wilfred Madius Tangau nafi lompat parti sokong PN
Berita palsu itu sengaja dibuat oleh pihak tertentu untuk mewujudkan ketidakstabilan dalam kalangan pemimpin parti pembangkang.

Penolong pegawai seni bina dipenjara sehari, denda RM20,000 terima rasuah
Hakim Mahkamah Sesyen Butterworth, Ahmad Zahari Abdul Hamid membuat keputusan itu terhadap Zamira Juneed, 38, selepas dia mengaku bersalah atas lima pertuduhan dibacakan terhadapnya.

Pasar Awam Apollo diarah tutup, gagal patuhi SOP
Keadaan di pasar itu didapati terlalu sesak sehingga menyukarkan penjarakan fizikal.

Kakitangan positif COVID-19, Pejabat Jabatan Perbendaharaan MBPP ditutup tiga hari
MBPP dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan kakitangan di Jabatan Perbendaharaan disahkan positif petang semalam.

Penghuni rumah pangsa sukar amal jarak sosial akibat saiz lif kecil
Tiga blok rumah pangsa 11 tingkat itu masing-masing hanya mempunyai satu kemudahan lif dengan saiz sebesar lima kaki panjang dan tiga kaki lebar.

MBPP kaji cadangan operasi restoran nasi kandar waktu sahur
Presiden Komuniti India Muslim Malaysia (IMCom) Mohd Rizwan Abdul Ghafoor Khan memohon MBPP supaya pertimbangkan cadangan itu.

Benarkan aktiviti penyembelihan di pasar basah - CAP
Presiden CAP berkata, pengguna berhak memilih sama ada ayam yang siap disembelih atau yang disembelih di pasar basah.

Beberapa jalan sekitar George Town ditutup mulai Jumaat hingga Ahad
Beberapa jalan di sekitar George Town akan ditutup sementara susulan penganjuran beberapa program di negeri ini pada Jumaat hingga Ahad ini.

'Kami hanya dikompaun' - Restoran nasi kandar terkenal nafi ditutup kerana kotor
Pengusaha restoran nasi kandar terkenal di Jalan Gudwara, Pulau Pinang menafikan kedainya diarah tutup oleh Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) kerana kotor.

Najis, bangkai tikus ditemui di dapur restoran di P. Pinang
Daripada enam premis yang diperiksa, tiga premis diarahkan tutup selama 14 hari, manakala tujuh kompaun telah dikeluarkan sepanjang operasi empat jam itu.

Treler bawa kren tersangkut bawah jejantas pejalan kaki
Sebuah treler yang membawa muatan berat 'tersangkut' di bawah jejantas pejalan kaki berketinggian 5 meter di Pengkalan Weld, George Town pada Rabu.