[TERKINI] Polis Kenal Pasti Peserta Program Motivasi Rumah Tangga eHati – Amaran Tangkapan Jika Enggan Bekerjasama – Ikuti Perkembangan Di Sini
NATIONAL

MBSB Bank tamatkan platform dompet digital 31 Mei

Amanz 08/04/2024 | 12:30 MYT
MBSB menyatakan langkah ini diambil dalam usaha terus mengoptimasikan penawaran digital mereka. - Gambar/ Amanz
MBSB Bank, salah satu bank tempatan kini mengumumkan mereka akan menamatkan platform dompet digital mereka, berkuat-kuasa 31 Mei 2024.

Selepas tarikh berkenaan, platform dompet digital mereka tidak boleh digunakan lagi, dan semua baki akan dipulangkan ke akaun pengguna masing-masing.


MBSB menyatakan langkah ini diambil dalam usaha terus mengoptimasikan penawaran digital mereka.


Walaupun platform dompet digital MBSB ditamatkan, namun pengguna masih boleh kekal menggunakan perkhidmatan perbankan M JOURNEY, selain sokongan DuitNow QR untuk transaksi dengan mudah. - Amanz

#MBSB #dompet digital #tamat perkhidmatan #e-wallet