awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sukan SEA 2027: PKBM rancang program trek dengan negara Asia Tenggara
Pemimpin dunia kutuk sekeras-kerasnya serangan bom di masjid Islamabad
Johor bakal kaji semula potensi penggunaan air bawah tanah untuk pusat data - Exco
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MBSJ, PDRM keluar kompaun, pengusaha kilang langgar SOP

Sinar Harian
Sinar Harian
10/07/2021
22:17 MYT
MBSJ, PDRM keluar kompaun, pengusaha kilang langgar SOP
Operasi pematuhan SOP dijalankan MBSJ bersama PDRM pada Rabu lalu. -Foto Sinar Harian
DUA kompaun dikeluarkan oleh Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) dalam operasi pematuhan prosedur operasi standard (SOP) Majlis Keselamatan Negara (MKN) bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Taman Perindustrian Subang pada Rabu lalu.
Timbalan Pengarah Jabatan Korporat dan Pengurusan Strategik MBSJ, Azfarizal Abdul Rashid berkata, seramai 39 anggota terdiri daripada 12 penguat kuasa MBSJ serta 27 anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya terlibat dalam operasi itu.
Menurutnya, pemeriksaan mendapati terdapat kilang yang beroperasi tanpa memiliki lesen sah daripada MBSJ.
"Selain itu, sebuah lagi kilang didapati tidak mematuhi SOP Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 2.
"Justeru, pihak MBSJ telah mengeluarkan dua notis tawaran kompaun di bawah Undang-Undang Kecil 3, Undang-Undang Kecil Pelesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian MPSJ 2007," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.
Mengulas lanjut, Azfarizal berkata, PDRM turut mengeluarkan satu kompaun pelanggaran SOP atas kesalahan premis beroperasi tanpa surat kebenaran dari Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).
Beliau mengingatkan orang ramai termasuk pengusaha kilang-kilang untuk terus mematuhi peraturan MBSJ dan mematuhi SOP bagi mengekang penularan wabak COVID-19.
"Pemantauan akan dilaksanakan dari masa ke masa dan tindakan sewajarnya akan diambil sekiranya berlaku sebarang ketidakpatuhan terhadap SOP," katanya.
Artikel asal di Sinar Harian: MBSJ, PDRM keluar kompaun, pengusaha kilang langgar SOP
Topic Berkaitan
#MBSJ
#langgar SOP
#kilang
#lesen sah
#SOP
#Pelan Pemulihan Negara
#PPN
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan