awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Ahli Parlimen Britain Dan Norris ditangkap semula atas dakwaan kesalahan seksual
Sentimen industri pembuatan Singapura kekal positif di tengah-tengah tekanan global
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MCA tidak cadangkan Tee jadi Exco Johor - Chua

Bernama
Bernama
14/05/2013
13:53 MYT
MCA tidak cadangkan Tee jadi Exco Johor - Chua
MCA tidak mencadangkan Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) kawasan Pulai Sebatang Datuk Tee Siew Kiong menjadi anggota Exco kerajaan negeri Johor, demikian dijelaskan oleh Presiden parti Datuk Seri Dr Chua Soi Lek.
Beliau berkata pelantikan Tee adalah atas titah Sultan Johor, yang mempunyai hak berbuat demikian kerana uniknya Undang-Undang Tubuh negeri Johor.
Tee akan memegang portfolio Pelancongan, Perdagangan dan Kepenggunaan.
"Ia juga merupakan aspirasi Sultan yang mahukan masyarakat Cina diwakili dalam barisan Exco kerajaan negeri kerana saya telah menerima panggilan daripada setiausaha Istana Johor bahawa baginda mahu melantik Tee sebagai anggota Exco kerajaan negeri dan saya juga menjelaskan kepada setiausaha istana mengenai pendirian MCA menolak jawatan di peringkat persekutuan dan negeri.
"Saya juga telah merujuk dengan Perdana Menteri pada Isnin mengenai keputusan Sultan Johor dan Perdana Menteri menasihatkan saya untuk mematuhi perintah Sultan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau meminta orang ramai dan anggota MCA untuk memahami keadaan unik di Johor serta kuasa dan hak Sultan Johor.
Chua menegaskan MCA akan mengekalkan keputusannya menolak semua jawatan dalam kerajaan. MCA telah meluluskan resolusi pada 2011 bahawa parti itu tidak akan menerima sebarang jawatan dalam kerajaan jika ia tidak menunjukkan prestasi lebih baik pada pilihan raya umum ke-13.
"Saya akui ada juga beberapa negeri yang telah memperuntukkan jawatan anggota Exco negeri bagi wakil masyarakat Cina," katanya.
Topic Berkaitan
#Chua Soi Lek
#Johor
#PRU13
#Tee Siew Kiong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan