MALAYSIA
McDonald’s Malaysia salur zakat RM2 juta, santuni asnaf
McDonald’s Malaysia menyerahkan mock cheque bernilai RM300,000 sebagai simbolik penyerahan zakat kepada PPZ-MAIWP. - Foto McDonald's Malaysia
PUTRAJAYA: McDonald’s Malaysia terus menyerlahkan peranannya sebagai syarikat 100 peratus milik orang Islam dengan mengumumkan pengeluaran zakat korporat sebanyak RM2 juta bagi tahun ini.
Ringkasan AI
Buat julung kalinya, syarikat tersebut akan menjelajah ke 14 negeri bagi menyerahkan zakat kepada pusat zakat negeri masing-masing, dengan majlis penyerahan diadakan di restoran-restoran McDonald’s terpilih.
Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald’s Malaysia, Datuk Azmir Jaafar berkata, syarikat itu mengeluarkan zakat sebanyak RM300,000 kepada Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP).
Penyerahan disempurnakan oleh Datuk Azmir kepada Datuk Abdul Hakim Amir Osman, Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, sambil disaksikan Sahibus Samahah Tuan Ahmad Fauwaz Fadzil, Mufti Wilayah Persekutuan.
“McDonald’s Malaysia amat bersyukur dapat melunaskan pembayaran zakat yang menjadi sebahagian daripada Rukun Islam kita.
“Sejak 2017, apabila McDonald’s Malaysia menjadi syarikat 100% milik orang Islam, kami telah mengeluarkan zakat sebanyak RM14 juta.
“Istimewanya pada tahun ini, syarikat kami bukan sahaja membayar zakat sebagai tuntutan fardu, tetapi juga berkongsi kesyukuran ini bersama masyarakat untuk membantu mereka yang memerlukan dan menyantuni pelanggan yang sentiasa menyokong kami selama ini,”katanya ketika ditemui di Majlis Penyerahan Zakat di McDonald’s Pandu-Lalu Putrajaya Presint 2, di sini, pada Selasa.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, Datuk Abdul Hakim Amir Osman berkata, inisiatif McDonald’s Malaysia ini bukan sahaja menunjukkan syarikat itu bertanggungjawab malah, menjadi tauladan yang baik bagi masyarakat di luar sana.
“Di pihak PPZ-MAIWP, kami amat berterima kasih kepada McDonald’s Malaysia kerana sentiasa menjadi syarikat korporat yang bertanggungjawab dalam mengeluarkan zakat perniagaan.
“Selain ia merupakan kewajipan bagi yang berkemampuan, sumbangan zakat ini juga membantu kami untuk mendekati lebih ramai asnaf yang memerlukan.
“Kami berharap, lebih banyak usaha bersama McDonald’s Malaysia dapat dilaksanakan untuk membantu asnaf secara berpanjangan pada masa akan datang,” jelasnya.
Menerusi majlis sama, McDonald’s Malaysia turut menyumbangkan 100 Kotak Rezeki berisi barangan keperluan harian kepada keluarga asnaf di sekitar Putrajaya. Program itu disertakan dengan aktiviti ziarah rumah ke rumah bagi menyantuni penerima mempunyai anak Orang Kurang Upaya (OKU).
Selain itu, sebanyak 1,000 hidangan percuma turut diagihkan kepada pelanggan di setiap lokasi penyerahan zakat, termasuk di Putrajaya, sebagai tanda penghargaan atas sokongan masyarakat terhadap syarikat tersebut.
Terdahulu, siri jelajah zakat McDonald’s Malaysia telah singgah di Perak, Terengganu dan Selangor, dengan penyerahan kepada majlis agama negeri masing-masing.
Komitmen McDonald’s Malaysia terhadap komuniti setempat turut dizahirkan menerusi program tahunan Komuniti @ McDonald’s, yang melibatkan lebih 10,000 aktiviti kemasyarakatan di lebih 370 restoran seluruh negara.
Antara inisiatif termasuk sambutan hari jadi anak yatim, sumbangan moreh ke masjid dan surau, serta kunjungan ke pusat jagaan warga emas sempena musim perayaan.
“Sebagai syarikat yang prihatin, McDonald’s Malaysia juga menjalankan pelbagai aktiviti kemasyarakatan sejak 2017. Antaranya menyambut hari jadi anak-anak yatim, menyumbang moreh ke masjid dan surau, menyantuni warga emas di pusat jagaan pada musim perayaan dan lain-lain lagi.
“Kami sentiasa mencari peluang untuk mendekati dan menyantuni komuniti daripada semua lapisan masyarakat,” tambah Datuk Azmir Jaafar.
Pada 2019, McDonald’s Malaysia menjadi entiti perniagaan pertama menerima Sijil Pengiktirafan Pembayar Zakat Korporat daripada PPZ-MAIWP.
Sijil ini melengkapi Pensijilan Halal JAKIM yang sedia dimiliki syarikat tersebut, sekali gus menegaskan komitmen McDonald’s Malaysia terhadap kewajipan agama dan tanggungjawab sosial.
Ringkasan AI
- McDonalds Malaysia terus menyerlahkan peranannya sebagai syarikat 100 peratus milik orang Islam dengan mengumumkan pengeluaran zakat korporat sebanyak RM2 juta bagi tahun ini.
- Buat julung kalinya, syarikat tersebut akan menjelajah ke 14 negeri bagi menyerahkan zakat kepada pusat zakat negeri masing-masing, dengan majlis penyerahan diadakan di restoran-restoran McDonalds terpilih.
- Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonalds Malaysia, Datuk Azmir Jaafar berkata, syarikat itu mengeluarkan zakat sebanyak RM300,000 kepada Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP).