NATIONAL
MCKK, Sekolah Seri Puteri juara Piala Perdana Menteri 2018

Bagi kategori Bahasa Inggeris, Sekolah Seri Puteri muncul juara selepas berjaya meyakinkan juri. - Astro AWANI
Malay College Kuala Kangsar (MCKK) muncul juara Pertandingan Akhir Bahas Piala Perdana Menteri ke-45 kategori Bahasa Melayu, mengalahkan Sekolah Sultan Alam Shah yang diadakan di sini, hari ini.
Bagi kategori Bahasa Inggeris, Sekolah Seri Puteri muncul juara selepas berjaya meyakinkan juri.
Kedua-dua sekolah menerima hadiah wang tunai RM3,000 bersama piala pusingan, piala iringan dan sijil penyertaan.

MCKK juga memenang anugerah Pembahas Terbaik pada pertandingan tersebut. - Astro AWANI
Bagi pembahas terbaik untuk kedua-dua kategori, ia diungguli oleh pembahas daripada MCKK iaitu Muhamad Hakimi Zulkifli dan Muhammad Luqman Mohammad Nawar bagi kategori Bahasa Inggeris.Mereka membawa pulang trofi dan hadiah wang tunai RM500.
Lebih 2,000 penonton hadir pada pertandingan akhir tahun yang berlangsung di Dewan Jubli Perak, Sultan Abdul Aziz, Shah Alam.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami