MALAYSIA
MCMC bincang mekanisme eKYC had umur 16 tahun dengan platform media sosial - Fahmi
Menurut Fahmi MCMC akan berbincang dengan platform seperti Meta, Google, X dan TikTok, serta agensi berkaitan termasuk PDRM, bagi memastikan pelaksanaan eKYC selamat. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) akan membincangkan mekanisme terbaik bersama platform media sosial berhubung pelaksanaan pengesahan identiti pengguna (eKYC) bagi mengehadkan umur minimum penggunaan media sosial kepada 16 tahun, kata Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil.
Ringkasan AI
Beliau berkata, perbincangan itu turut melibatkan agensi berkaitan termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Menurut Fahmi, pelaksanaan eKYC amat penting bagi memastikan keselamatan kanak-kanak dalam talian, termasuk melindungi mereka daripada pemangsa seksual (pedofil).
"Pihak MCMC bersama beberapa jabatan dan agensi akan ke Singapura dalam masa terdekat untuk bertemu wakil Meta, Google, X dan TikTok bagi membincangkan mekanisme terbaik memastikan proses eKYC yang menggunakan dokumen rasmi kerajaan seperti MyKad, pasport dan MyDigital ID dapat dilaksanakan dengan selamat.
"Langkah ini juga selaras dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 bagi memastikan tiada ketirisan maklumat berlaku. Namun yang paling penting adalah aspek keselamatan, khususnya bagi kanak-kanak dan keluarga dalam talian," katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.
Fahmi berkata langkah tersebut juga seiring pelaksanaan Lesen Kelas Pemberi Perkhidmatan Aplikasi (ASP(C)) yang akan diperkenalkan pada 1 Jan 2025 serta Akta Keselamatan Dalam Talian 2024.
Beliau menegaskan, kerajaan akan terus melaksanakan langkah melesenkan platform media sosial bagi menjamin keselamatan dalam talian, khususnya untuk kanak-kanak dan keluarga.
Fahmi menjawab soalan tambahan Syahredzan Johan (PH-Bangi) mengenai mekanisme yang bakal diperkenalkan bagi melaksanakan had umur minimum 16 tahun untuk penggunaan media sosial.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Kerajaan akan laksana pengesahan identiti pengguna (eKYC) untuk mengehadkan umur minimum penggunaan media sosial kepada 16 tahun, demi keselamatan kanak-kanak dalam talian.
- MCMC akan berbincang dengan platform seperti Meta, Google, X dan TikTok, serta agensi berkaitan termasuk PDRM, bagi memastikan pelaksanaan eKYC selamat dan selaras dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010.
- Langkah ini seiring pelaksanaan Lesen Kelas ASP(C) dan Akta Keselamatan Dalam Talian 2024, sebagai usaha melesenkan platform media sosial dan melindungi pengguna, khususnya kanak-kanak dan keluarga.