MALAYSIA

MCMC habiskan ‘22 tahun bekerja’ urus permohonan turunkan kandungan – Fahmi

Pia Ernadya 07/11/2025 | 10:30 MYT
Fahmi secara sinis menyatakan bahawa MCMC patut menghantar bil kepada Meta atas semua kerja yang dilakukan bagi pihak syarikat berkenaan. - Gambar fail/Bernama
PUTRAJAYA: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menghabiskan tempoh bersamaan lebih 22 tahun masa kerja hanya untuk mengurus permohonan kepada syarikat penyedia platform, Meta, bagi menurunkan kandungan berunsur penipuan (scam) dan judi dalam talian di platformnya.


Ringkasan AI
  • MCMC menghabiskan lebih 22 tahun masa kerja untuk mengurus permohonan kepada Meta bagi menurunkan kandungan scam dan judi dalam talian di platform tersebut.
  • Setiap permohonan yang dikemukakan kepada Meta mengambil masa antara 30 hingga 45 minit untuk diproses, dari Januari hingga Oktober 2025.
  • Datuk Fahmi Fadzil mencadangkan MCMC menghantar bil kepada Meta atas usaha menangani kandungan berunsur penipuan dan judi dalam talian, dan menegaskan pentingnya Akta Keselamatan Dalam Talian untuk mengawal masalah tersebut.


Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil secara sinis berkata berdasarkan rekod, setiap permohonan yang dikemukakan kepada Meta mengambil masa antara 30 hingga 45 minit untuk diproses, bermula dari 1 Januari hingga pertengahan Oktober 2025.

“Kita dapati daripada keseluruhan jumlah permohonan yang dibuat oleh MCMC kepada Meta untuk menurunkan kandungan bersifat scam dan judi dalam talian, setiap satu permohonan memerlukan masa sekitar 30 hingga 45 minit untuk diproses.

“Secara keseluruhan, ini bermaksud MCMC telah menghabiskan lebih kurang 22.2 tahun masa kerja hanya untuk menghantar permohonan kepada Meta bagi menurunkan kandungan tersebut,” katanya dalam satu sidang media di Putrajaya, hari ini.

Ekoran itu, Fahmi secara sinis menyatakan bahawa MCMC patut menghantar bil kepada Meta atas semua kerja yang dilakukan bagi pihak syarikat berkenaan.

“Inilah sebabnya apabila Akta Keselamatan Dalam Talian (ONSA) berkuat kuasa kelak, platform seperti Meta akan diwajibkan memastikan kemudaratan dalam talian seperti penipuan, scam dan judi dalam talian tidak lagi berleluasa di aplikasi Facebook di Malaysia,” tegasnya.









Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
  • Q: Berapa lama MCMC menghabiskan masa untuk mengurus permohonan kepada Meta bagi menurunkan kandungan berunsur penipuan dan judi dalam talian?
    A: MCMC menghabiskan lebih 22 tahun masa kerja, dengan setiap permohonan memerlukan masa 30 hingga 45 minit untuk diproses.
  • Q: Apakah tindakan yang dicadangkan oleh Datuk Fahmi Fadzil terhadap Meta berkenaan isu kandungan berunsur penipuan dan judi dalam talian?
    A: Datuk Fahmi Fadzil mencadangkan agar Meta diwajibkan memastikan kemudaratan dalam talian seperti penipuan, scam, dan judi dalam talian tidak berleluasa di aplikasi Facebook di Malaysia.
  • Q: Mengapakah Datuk Fahmi Fadzil menyatakan bahawa MCMC patut menghantar bil kepada Meta?
    A: Datuk Fahmi Fadzil menyatakan bahawa MCMC patut menghantar bil kepada Meta atas semua kerja yang dilakukan bagi pihak syarikat berkenaan dalam mengurus permohonan untuk menurunkan kandungan berunsur penipuan dan judi dalam talian.



#Meta #Fahmi Fadzil #scam #masa bekerja #terkini