Skip to main content

Malaysia

MCMC kesan video lama pijak al-Quran tular semula

logo MCMC
MCMC berkata, berdasarkan siasatan awal, individu terlibat dipercayai merupakan warga Singapura dan kejadian itu juga dipercayai berlaku di Singapura.

CYBERJAYA: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sedang mengambil tindakan terhadap penularan semula satu video lama bertarikh 2024 yang memaparkan insiden melibatkan seorang warga Singapura, dipercayai berlaku di republik itu, yang mengandungi unsur penghinaan terhadap agama Islam termasuk perbuatan memijak al-Quran.

MCMC dalam kenyataan memaklumkan pihaknya menerima aduan daripada orang awam berhubung kandungan berkenaan yang dimuat naik semula sehingga mencetuskan kegusaran serta ketegangan dalam kalangan masyarakat.

Advertisement

Berdasarkan siasatan awal, individu terlibat dipercayai merupakan warga Singapura dan kejadian itu juga dipercayai berlaku di Singapura.

Sehubungan itu, MCMC bekerjasama dengan pihak platform media sosial terlibat, khususnya Threads, Facebook dan TikTok, bagi memastikan tindakan sewajarnya diambil termasuk menyekat penyebaran serta akses terhadap kandungan berkenaan di Malaysia.

MCMC menegaskan bahawa sebarang penyebaran kandungan yang menyentuh sensitiviti agama dan berpotensi menggugat keharmonian masyarakat majmuk negara ini adalah tidak bertanggungjawab serta boleh dikenakan tindakan undang-undang selaras dengan peruntukan yang berkuat kuasa.

Orang ramai dinasihatkan supaya tidak memuat naik, berkongsi atau menyebarkan semula kandungan tersebut.

Sebarang maklumat berkaitan boleh disalurkan kepada MCMC menerusi pautan aduan rasmi atau kepada Polis Diraja Malaysia untuk tindakan lanjut.

Must Watch Video