MALAYSIA
MCMC ketuai perbincangan bendung jenayah siber di Singapura minggu hadapan - Fahmi
Fahmi berkata penjenayah memanfaatkan akses Internet yang murah dan laju di Malaysia untuk memerangkap mangsa melalui iklan jualan palsu, promosi bahan terlarang dan skim penipuan. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) akan mengetuai delegasi ke Singapura minggu hadapan bagi mengadakan perbincangan teknikal dengan platform media sosial antarabangsa mengenai mekanisme menangani jenayah siber.
Ringkasan AI
Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil berkata perbincangan itu akan memfokuskan keperluan pelaksanaan pengesahan elektronik Know-Your-Customer (eKYC) menggunakan MyKad, pasport atau MyDigital ID bagi menyekat penjenayah siber daripada menyalahgunakan platform media sosial.
"Hasratnya untuk mengekang penjenayah daripada menyalahgunakan platform, terutama apabila ada jualan palsu ataupun jualan bahan narkotik terlarang dalam platform seperti Facebook dan aktiviti scam yang kita dapati banyak berlaku dalam platform ini.
"Dalam sembilan bulan pertama tahun ini, lebih 150,000 kandungan berkaitan judi dalam talian dan penipuan direkodkan di Facebook. Setiap satu kandungan mengambil masa 30 minit untuk diturunkan, dan ini membazirkan masa," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Psikologi Perkhidmatan Awam Kali Ke-29 di Angkasapuri Kota Media, di sini hari ini.
Turut hadir Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz.
Fahmi berkata penjenayah memanfaatkan akses Internet yang murah dan laju di Malaysia untuk memerangkap mangsa melalui iklan jualan palsu, promosi bahan terlarang dan skim penipuan.
"Antara kes impersonation (penyamaran) yang paling banyak berlaku ialah melibatkan pakar mata Prof Datuk Dr Muhaya Mohamad. Sejak dua tahun lepas hingga kini, akaun palsu menggunakan nama beliau masih wujud dan menjual produk tidak benar sehingga memangsakan ramai orang," katanya.
Fahmi berkata menjelang hujung tahun ini, Akta Keselamatan Dalam Talian (ONSA) akan dikuatkuasakan yang mewajibkan platform media sosial mengambil tindakan menyeluruh bagi menghalang kandungan yang ditakrifkan sebagai mudarat dalam talian.
"Jawatankuasa keselamatan dalam talian di bawah Menteri Undang-Undang akan memberikan arahan, manakala MCMC akan melaksanakan penguatkuasaan dengan hasrat antaranya memastikan kanak-kanak bawah 13 tahun tidak memiliki akaun media sosial," katanya.
Terdahulu dalam ucapannya, Fahmi berkata penjawat awam perlu memperkukuh ketahanan mental dan mengamalkan prinsip Zero Trust (kepercayaan sifar) ketika berdepan dengan ledakan maklumat era "infodemik", di samping memanfaatkan kecerdasan buatan (AI) untuk mengurangkan beban kerja dan menepis berita palsu.
Beliau menegaskan bahawa dalam ekosistem maklumat masa kini, sebaran salah maklumat dan penipuan siber boleh memangsakan sesiapa sahaja termasuk tokoh kenegaraan, justeru budaya pengesahan maklumat perlu dijadikan amalan menyeluruh dalam perkhidmatan awam.
Mengenai risiko psikologi dalam organisasi, Fahmi menyifatkan data saringan dalaman sebagai angka yang menginsafkan apabila sebanyak 1.17 juta penjawat awam telah menjalani Profiling Digital Kesihatan Psikologi (MyPsyD) dengan lima peratus dikenal pasti pada tahap risiko tinggi.
Beliau berkata sebanyak 35 peratus lagi yang menjalani MyPsyD dikenal pasti berada pada tahap risiko sederhana berkait dengan kesihatan mental, sekali gus menuntut kepimpinan agar peka, memberikan ruang kerja munasabah dan saling membantu dalam pasukan.
Sehubungan dengan itu, beliau mengingatkan kepada penjawat awam supaya mematuhi disiplin ketika menggunakan media sosial.
Persidangan Psikologi Perkhidmatan Awam Kali Ke-29 bermula pada hari ini dengan tema "AI dan Pesona Diri: Kemandirian di Era Infodemik", menumpukan peranan AI sebagai pelengkap pemikiran manusia serta usaha memperkukuh ketahanan mental penjawat awam.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil memaklumkan MCMC akan ke Singapura minggu depan untuk berbincang dengan platform media sosial mengenai pelaksanaan eKYC (MyKad, pasport, MyDigital ID) bagi membendung jenayah siber dan penipuan.
- Beliau berkata lebih 150,000 kandungan judi serta penipuan direkodkan di Facebook tahun ini, manakala Akta Keselamatan Dalam Talian (ONSA) akan dikuatkuasakan hujung tahun bagi mewajibkan platform menyekat kandungan mudarat.
- Datuk Fahmi turut mengingatkan penjawat awam agar mengamalkan budaya semak maklumat, memanfaatkan teknologi AI serta memberi perhatian terhadap isu kesihatan mental dengan lima peratus dikenal pasti berisiko tinggi.