MALAYSIA
MCMC pantau kenyataan fitnah, subjudis berkait inkues Zara Qairina - Fahmi
Fahmi berkata kerajaan menghormati prosiding inkues yang sedang berlangsung di Mahkamah Koroner Kota Kinabalu, Sabah, dan menegaskan sebarang kenyataan di media sosial perlu berpandukan fakta. - Foto Bernama
BUKIT MERTAJAM: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) akan memantau kenyataan berunsur fitnah dan subjudis yang tular di media sosial berhubung inkues kematian Zara Qairina Mahathir.
Ringkasan AI
Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil berkata kerajaan menghormati prosiding inkues yang sedang berlangsung di Mahkamah Koroner Kota Kinabalu, Sabah, dan menegaskan sebarang kenyataan di media sosial perlu berpandukan fakta.
"Jika ada kenyataan yang menyimpang daripada fakta, menokok tambah atau cuba mengganggu proses mahkamah, ia adalah perkara serius. Kerajaan menghormati proses inkues ini dan tindakan boleh diambil.
"Dari pihak MCMC, saya akan minta supaya isu ini terus diteliti, namun akhirnya berkaitan subjudis, ia tertakluk kepada mahkamah untuk membuat keputusan," katanya kepada pemberita selepas meninjau pelaksanaan Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) di sebuah pasar raya di sini hari ini.
Turut hadir, Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi Datuk Seri Mohamad Fauzi Md Isa.
Fahmi berkata beliau dimaklumkan bahawa Jabatan Peguam Negara (AGC) baru-baru ini telah mengeluarkan kenyataan mengenai seorang individu yang membuat kenyataan berunsur fitnah berkaitan prosiding inkues.
"Individu tersebut telah diberikan notis tunjuk sebab sebelum sebarang tindakan subjudis atau tindakan mahkamah diambil," katanya.
Mengulas lanjut, beliau berkata sekiranya AGC mendapati terdapat keperluan, individu berkenaan boleh dihadapkan ke mahkamah atas kesalahan menghina mahkamah.
Dalam masa sama, Fahmi turut mengambil maklum hasrat ibu Zara Qairina yang disampaikan melalui peguamnya supaya semua perhimpunan solidariti 'Justice for Zara' dihentikan sementara waktu.
"Ibu arwah juga berharap agar netizen menghormati proses inkues dan tidak mengeluarkan kenyataan yang bersifat subjudis," katanya.
Zara Qairina, 13, pelajar Tingkatan Satu Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha, Papar meninggal dunia pada 17 Julai di Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu.
Beliau dimasukkan ke hospital berkenaan sehari sebelum itu selepas ditemukan tidak sedarkan diri di longkang berhampiran asrama sekolahnya pada 4 pagi.
Pada 13 Ogos, AGC mengarahkan inkues dijalankan selepas meneliti laporan siasatan yang dikemukakan pihak polis, manakala sebelum itu pada 8 Ogos AGC mengeluarkan perintah untuk menggali semula kubur Zara Qairina bagi membolehkan bedah siasat dilakukan.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- MCMC dan PDRM sedang menyiasat kenyataan berunsur fitnah dan subjudis di media sosial yang boleh mengganggu prosiding inkues kematian Zara Qairina, termasuk ugutan terhadap saksi utama, Dr Jessie Hiu.
- AGC menegaskan komen keterlaluan perlu dielakkan dan menyeru masyarakat agar menghormati proses mahkamah yang sedang berlangsung secara telus dan bebas di Mahkamah Koroner Kota Kinabalu.
- Inkues dijalankan selama 19 hari untuk menentukan punca kematian Zara, dengan pelbagai pihak berkepentingan dibenarkan hadir, namun Mahkamah menolak kehadiran peguam pembela suspek buli demi menjaga ketelusan prosiding.