Skip to main content

Malaysia

MCMC siasat individu sebar berita palsu diesel

 MCMC BUKA KERTAS SIASATAN KES SEBAR BERITA PALSU PEMBEKALAN DIESEL KE FILIPINA
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia buka kertas siasatan terhadap seorang individu yang dipercayai menyebarkan berita palsu berkaitan dakwaan pembekalan bahan api diesel ke Filipina. - Gambar ihsan MCMC

CYBERJAYA: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia membuka kertas siasatan terhadap seorang individu yang dipercayai menyebarkan berita palsu berkaitan dakwaan pembekalan bahan api diesel ke Filipina.

Dalam kenyataan pada Sabtu, MCMC memaklumkan, pihak berkuasa telah mengesahkan diesel tersebut adalah milik syarikat perdagangan antarabangsa Vitol dan bukan milik Petronas atau Kerajaan Malaysia.

Advertisement

Individu terbabit telah dipanggil untuk memberi keterangan pada Jumaat, manakala peranti komunikasi yang digunakan untuk memuat naik kandungan berkenaan turut disita bagi membantu siasatan lanjut.

Menurut MCMC, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588), yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM500,000 atau penjara maksimum dua tahun, atau kedua-duanya sekali jika disabitkan kesalahan.

Suruhanjaya itu menegaskan pihaknya memandang serius sebarang penyalahgunaan platform media sosial dan digital untuk menyebarkan maklumat tidak sahih yang boleh mengelirukan orang ramai.

Tambah kenyataan itu, tindakan penguatkuasaan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang melanggar undang-undang serta menjejaskan ketenteraman awam.

Must Watch Video