MALAYSIA
MCMC siasat kemudaratan dalam talian di platform X, wakil platform akan dipanggil
MCMC dalam kenyataan hari ini memaklumkan pihaknya memandang serius aduan orang awam mengenai penyalahgunaan AI di platform X.
PUTRAJAYA: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sedang menjalankan siasatan terhadap kemudaratan dalam talian yang berlaku di platform X dan akan memanggil wakil platform berkenaan bagi mendapatkan penjelasan berhubung penyalahgunaan alat kecerdasan buatan (AI) untuk menghasilkan kandungan memudaratkan.
Ringkasan AI
MCMC dalam kenyataan hari ini memaklumkan pihaknya memandang serius aduan orang awam mengenai penyalahgunaan AI di platform X, khususnya melibatkan manipulasi imej wanita dan kanak-kanak sehingga menghasilkan kandungan tidak senonoh, jelik melampau atau memudaratkan.
"Penghasilan atau penyebaran kandungan memudaratkan itu suatu kesalahan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (AKM), yang antara lain melarang penyalahgunaan perkhidmatan rangkaian atau aplikasi untuk menghantar kandungan berunsur jelik melampau, lucah atau sumbang.
"MCMC akan memulakan siasatan terhadap pengguna X yang disyaki melanggar AKM," menurut kenyataan itu.
MCMC turut memaklumkan dengan penguatkuasaan Akta Keselamatan Dalam Talian 2025 (ONSA), semua platform dalam talian serta penyedia perkhidmatan berlesen diwajibkan mengambil langkah pencegahan bagi mengekang penyebaran kandungan memudaratkan, termasuk kandungan lucah, tidak senonoh dan bahan penderaan seksual kanak-kanak.
"Walaupun X bukan penyedia perkhidmatan berlesen buat masa ini, platform itu tetap perlu mematuhi piawaian keselamatan dalam talian di Malaysia dan bertanggungjawab mencegah penyebaran kandungan yang memudaratkan," menurut kenyataan itu.
MCMC menggesa semua platform yang boleh diakses di Malaysia supaya melaksanakan langkah perlindungan selaras dengan undang-undang Malaysia dan piawaian keselamatan dalam talian, khususnya berkaitan fungsi AI, chatbot dan aplikasi manipulasi imej.
Orang ramai dan mangsa yang terkesan dinasihatkan supaya melaporkan kandungan memudaratkan itu kepada platform terlibat serta membuat laporan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan MCMC, termasuk melalui portal aduan dalam talian suruhanjaya itu.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- MCMC sedang menjalankan siasatan terhadap penyalahgunaan AI di platform X yang menghasilkan kandungan memudaratkan, khususnya manipulasi imej wanita dan kanak-kanak.
- Penyalahgunaan kandungan memudaratkan di bawah Seksyen 233 AKM adalah kesalahan; MCMC akan menyiasat pengguna X yang disyaki melanggar undang-undang.
- MCMC menegaskan bahawa platform dalam talian perlu mematuhi piawaian keselamatan dalam talian Malaysia serta menggalakkan orang ramai dan mangsa melaporkan kandungan memudaratkan kepada pihak berkuasa.