awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MCMC siasat video pempengaruh beri sisa makanan kepada gelandangan

Astro Awani
Astro Awani
05/08/2025
03:00 MYT
MCMC siasat video pempengaruh beri sisa makanan kepada gelandangan
MCMC memandang serius perbuatan menghasilkan serta menyebarkan kandungan yang merendahkan maruah individu, kerana ia bukan sahaja tidak berperikemanusiaan, malah mendorong kepada normalisasi budaya tidak bermoral dalam masyarakat.
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memulakan siasatan terhadap penyebaran sebuah video tular yang memaparkan sekumpulan individu dipercayai pempengaruh memberikan sisa makanan kepada seorang gelandangan.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan MCMC, siasatan dijalankan susulan aduan orang ramai yang menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap tindakan itu, yang disifatkan sebagai tidak beretika dan mengeksploitasi golongan terpinggir demi hiburan murahan dan meraih tontonan di media sosial.
“MCMC memandang serius perbuatan menghasilkan serta menyebarkan kandungan yang merendahkan maruah individu, kerana ia bukan sahaja tidak berperikemanusiaan, malah mendorong kepada normalisasi budaya tidak bermoral dalam masyarakat,” jelas suruhanjaya itu.
Tambah MCMC, siasatan sedang dijalankan berdasarkan peruntukan undang-undang sedia ada dan tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang didapati bersalah.
Orang ramai turut diingatkan agar tidak menyebarkan atau memuat naik kandungan bersifat provokatif yang boleh menjejaskan ketenteraman awam.
“Sebarang perkongsian kandungan jelik, melampau, palsu atau berunsur ancaman boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588).”
Jika disabitkan kesalahan, individu boleh dikenakan denda sehingga RM500,000, penjara maksimum dua tahun, atau kedua-duanya sekali.
MCMC turut menegaskan komitmen untuk memastikan ruang siber tidak disalahgunakan, seiring usaha mengekalkan kedaulatan undang-undang dan keharmonian masyarakat.
Topic Berkaitan
#MCMC
#pempengaruh media sosial
#sisa makanan
#gelandangan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan