MALAYSIA
MCMC teruskan siasatan dakwaan libatkan Muhyiddin berhubung subsidi RON95
Tan Sri Muhyiddin Yassin.
CYBERJAYA: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) masih meneruskan siasatan berhubung dakwaan yang dikaitkan dengan Ahli Parlimen Pagoh mengenai isu pemberian subsidi RON95.
Ringkasan AI
MCMC dalam kenyataan hari ini memaklumkan, semakan awal terhadap kandungan yang tular di media sosial telah dijalankan dengan kerjasama penyedia platform terbabit.
"Bagaimanapun, MCMC masih menunggu maklumat lanjut daripada pihak TikTok bagi melengkapkan siasatan," menurut kenyataan itu.
Sehingga kini, hasil siasatan yang diperoleh telah dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPR) untuk penelitian dan arahan lanjut.
MCMC menegaskan pihaknya akan terus bekerjasama dengan agensi penguatkuasaan bagi memastikan siasatan dijalankan dengan penuh integriti dan selaras dengan peruntukan undang-undang sedia ada.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- MCMC masih menjalankan siasatan berhubung dakwaan berkaitan subsidi RON95 yang dikaitkan dengan Ahli Parlimen Pagoh, dengan semakan awal dilakukan bersama penyedia platform media sosial.
- MCMC masih menunggu maklumat lanjut daripada pihak TikTok bagi melengkapkan siasatan, dan hasil siasatan setakat ini telah dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut.
- MCMC menegaskan komitmen untuk bekerjasama dengan agensi penguatkuasaan lain bagi memastikan siasatan dijalankan secara telus dan mengikut undang-undang.