awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
'Alhamdulillah', 'Insya-Allah' oleh bukan Muslim dibenar selagi dengan niat baik - IKIM
Pilihan raya Thailand jadi tumpuan, keputusan sukar diramal
Penerbangan di lapangan terbang Berlin digantung akibat ais hitam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MCMC tidak terlibat peraduan berkaitan pemberian hadiah sagu hati

Bernama
Bernama
20/01/2022
21:55 MYT
MCMC tidak terlibat peraduan berkaitan pemberian hadiah sagu hati
MCMC menggesa orang awam untuk tidak mudah terpedaya dengan e-mel mengenai pemberitahuan loteri dan segera laporkan perkara tersebut kepada pihak berkuasa.
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) pada Khamis menegaskan pihaknya tidak pernah terlibat dalam mana-mana peraduan berkaitan pemberian hadiah sagu hati membabitkan sebuah syarikat telekomunikasi.
MCMC dalam kenyataan semalam memaklumkan peringatan itu diberikan susulan wujud tindakan oleh pihak tidak dikenali menyamar sebagai pegawai MCMC meminta agar pengguna memaklumkan kepada pihak suruhanjaya sekiranya menerima sebarang surat atau pemberitahuan loteri daripada mana-mana e-mel atau syarikat yang mencurigakan.
"Ingin dijelaskan, sebarang pengumuman atau pemakluman mengenai sesuatu urusan berkaitan dengan suruhanjaya itu lazimnya akan dilakukan mengikut saluran rasmi seperti laman sesawang atau platform media sosial dan bukan menggunakan nama individu tertentu serta penggunaan bahasa yang meragukan.
"Sehubungan itu, MCMC menggesa orang awam untuk tidak mudah terpedaya dengan e-mel sedemikian. Pada masa sama, segera laporkan perkara tersebut kepada pihak berkuasa seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk perhatian dan tindakan susulan," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#MCMC
#Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia
#pemberian hadiah sagu hati
#syarikat telekomunikasi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan