MALAYSIA
MCMC tumpaskan kegiatan pemancar Stesen Pangkalan Palsu hantar SMS scam
Menurut MCMC peralatan Fake BTS dan peranti kawalan telah dirampas untuk siasatan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 239(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588). - Gambar Sinar Harian
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) berjaya mengesan serta menumpaskan kegiatan pemancaran Stesen Pangkalan Palsu atau "Fake Base Transceiver" (Fake BTS) di Genting Highlands, Pahang baru-baru ini.
Ringkasan AI
MCMC dalam kenyataan memaklumkan kejayaan itu hasil operasi bersepadu bersama syarikat telekomunikasi melalui pemantauan serta risikan teknikal dan analisis rangkaian berterusan untuk mengenal pasti gangguan perkhidmatan komunikasi serta penyebaran khidmat pesanan ringkas (SMS) berunsur penipuan kepada pengguna.
"Pada 19 Jan 2026, pasukan MCMC berjaya mengesan dua kenderaan yang digunakan untuk menjalankan aktiviti pemancaran Fake BTS ini.
"Pemeriksaan di lokasi mengesahkan berlaku pemintasan rangkaian telekomunikasi yang dipercayai digunakan untuk menghantar SMS berunsur penipuan (scam) kepada mangsa, sekali gus membuktikan aktiviti tersebut dijalankan secara terancang," menurut kenyataan itu hari ini.
Menurut MCMC peralatan Fake BTS dan peranti kawalan telah dirampas untuk siasatan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 239(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) yang membawa hukuman denda hingga RM1,000,000 atau dipenjara hingga 10 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Siasatan turut dijalankan di bawah Peraturan 16(1)(b), Peraturan-Peraturan Komunikasi dan Multimedia (Standard Teknik) 2000 yang membawa hukuman denda maksimum RM300,000 atau dipenjara hingga tiga tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
MCMC menegaskan suruhanjaya itu tidak akan tidak bertolak ansur terhadap sebarang bentuk penyalahgunaan rangkaian komunikasi yang boleh menjejaskan keselamatan awam dan integriti sistem telekomunikasi negara.
"Sehubungan itu, tindakan penguatkuasaan akan terus dipertingkatkan bagi memastikan rangkaian komunikasi negara kekal selamat dan terpelihara," menurut MCMC.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- MCMC berjaya menumpaskan aktiviti pemancaran Fake BTS di Genting Highlands, Pahang melalui operasi bersama syarikat telekomunikasi dengan pemantauan teknikal yang teliti.
- Dua kenderaan yang digunakan untuk aktiviti tersebut dikesan, membuktikan tindakan tersebut dijalankan secara terancang dengan pemintasan rangkaian telekomunikasi.
- Peralatan Fake BTS dirampas untuk siasatan lanjut, kes disiasat di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta Peraturan-Peraturan Komunikasi dan Multimedia (Standard Teknik) 2000 dengan hukuman denda dan penjara yang berat jika sabit kesalahan.