MALAYSIA
MCMC turunkan 2,033 iklan produk tidak dibenarkan setakat 1 Ogos - Teo

Teo bercakap pada sidang media selepas merasmikan Program Geran Digital PMKS MADANI (GDPM) Fest 2025 anjuran Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) hari ini. - Foto Bernama
JOHOR BAHRU: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menurunkan sebanyak 2,033 iklan berkaitan produk dan perkhidmatan yang tidak dibenarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) serta agensi lain sejak awal tahun ini sehingga 1 Ogos lepas.
Ringkasan AI
- 2,033 Iklan Tidak Sah Diturunkan: MCMC telah menurunkan 2,033 iklan produk dan perkhidmatan yang tidak dibenarkan oleh KKM dan agensi lain dari Januari hingga 1 Ogos 2025, susulan 2,283 aduan diterima.
- Trend Aduan Meningkat: Jumlah aduan meningkat setiap tahun: 8 aduan (2022), 439 aduan (2023), dan 3,312 aduan (2024), menunjukkan keprihatinan awam terhadap iklan kesihatan palsu.
- Kerjasama Dengan KKM: MCMC bekerjasama rapat dengan KKM untuk mengesahkan dan menurunkan iklan palsu, sama ada melalui aduan awam atau laporan rasmi daripada KKM.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan program Geran Digital PMKS MADANI (GDPM) Festival 2025 peringkat negeri Johor di Permas Jaya, di sini, hari ini.
Teo berkata, kementeriannya sentiasa bekerjasama dengan KKM berhubung iklan ubat atau perkhidmatan kesihatan palsu memandangkan kementerian itu mempunyai kepakaran untuk mengenal pasti kes berkenaan.
"Apabila kita menerima aduan daripada KKM, MCMC akan memaklumkan kepada penyedia platform media sosial untuk menurunkannya sekiranya iklan itu tidak dibenarkan.
"Namun, jika aduan diterima daripada orang awam, contohnya melibatkan ubatan palsu, pihak kami akan merujuk kepada KKM untuk pengesahan sebelum tindakan lanjut dibuat," katanya.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami