awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kajian Harvard dapati AI tingkatkan produktiviti, tetapi hanya untuk seketika
Kanak-kanak perempuan enam tahun rentung kebakaran rumah di Tambunan
Peniaga didenda RM5,500 cedera, ugut bunuh lelaki warga emas
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MCPF gesa kerajaan kaji semula undang-undang dadah

Bernama
Bernama
14/07/2013
00:00 MYT
MCPF gesa kerajaan kaji semula undang-undang dadah
Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) menggesa kerajaan mengkaji semula undang-undang dadah ketika ini untuk menangani masalah penyalahgunaan dadah dengan lebih berkesan.
Naib Pengerusi MCPF Tan Sri Lee Lam Thye berkata langkah ini perlu kerana kerajaan telah berikrar menjadikan Malaysia negara bebas masalah dadah menjelang 2015.
"Masanya telah tiba untuk kerajaan mengkaji semula pelbagai undang-undang berkaitan isu dadah dan mengambil langkah sewajarnya untuk mempertingkat usaha memerangi musuh nombor satu negara ini," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata apa yang membimbangkan ialah peningkatan jumlah keldai dadah membabitkan rakyat Malaysia.
"Meskipun diberi kesedaran berkaitan akibat buruk melibatkan diri dalam pengedaran dadah, masih terdapat rakyat Malaysia yang mudah terpedaya dan sedia mengambil risiko menjadi keldai dadah," katanya.
Topic Berkaitan
#Dadah
#jenayah
#Lee Lam Thye
#MCPF
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan