MALAYSIA
MCW desak siasatan menyeluruh isu kewarganegaraan pemain bola sepak
MCW turut mendakwa bahawa proses permohonan berkemungkinan dilakukan melalui ejen atau peguam. - Foto MCW
KUALA LUMPUR: Malaysian Corruption Watch (MCW) hari ini menggesa siasatan menyeluruh terhadap proses dokumentasi dan pengesahan keturunan yang digunakan dalam permohonan kewarganegaraan tujuh pemain bola sepak negara, susulan dakwaan penggunaan dokumen sekunder tanpa bukti asal.
Dalam kenyataan media pada Selasa, MCW menyatakan bahawa isu ini bukan sahaja melibatkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), tetapi turut menyentuh integriti Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan keselamatan negara secara keseluruhan.
“Jika benar dokumen kelahiran datuk dan nenek pemain-pemain ini disahkan tanpa dokumen asal, ia menunjukkan wujud kelemahan besar dalam prosedur operasi standard (SOP) JPN,” tegas MCW.
MCW turut mendakwa bahawa proses permohonan berkemungkinan dilakukan melalui ejen atau peguam, dengan maklumat bertulis dimasukkan ke dalam sistem tanpa semakan silang dengan arkib atau negara asal.
Sijil kelahiran baharu itu kemudiannya digunakan untuk memohon kewarganegaraan atas dasar warisan.
“Bagaimana JPN boleh menerima dokumen sekunder tanpa verifikasi asal daripada negara luar? Ini menuntut audit segera terhadap SOP pengesahan dokumen keturunan,” tambah kenyataan itu.
MCW juga mempersoalkan sama ada isu ini terhad kepada tujuh pemain sahaja, dengan menyatakan kemungkinan wujud jaringan individu dalam dan luar jabatan yang mengetahui cara “mengatur” proses tersebut.
“Tidak mungkin hanya satu kes. Jika ia boleh ‘lepas’ sehingga ke peringkat FIFA, ini menunjukkan ada jaringan yang tahu cara mengatur proses ini,” kata MCW.
Sehubungan itu, MCW mencadangkan agar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), JPN dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) menjalankan audit forensik terhadap semua kes naturalisasi sejak 2015 yang menggunakan alasan warisan Malaysia.
MCW turut menyuarakan kebimbangan terhadap jumlah individu yang mungkin telah memperoleh kewarganegaraan melalui dokumen palsu, memandangkan JPN sendiri mengakui tidak menerima sijil asal dalam beberapa kes.
“Modus operandi ini menyerupai kes-kes terdahulu seperti projek IC Sabah dan kad pengenalan palsu di Pulau Pinang. Maka, kemungkinan besar ratusan atau ribuan kes telah berlaku sepanjang dekad lalu,” katanya.
Menurut MCW, kelemahan dalam sistem pengesahan dokumen bukan sekadar isu bola sepak, tetapi menyentuh aspek keselamatan dan kedaulatan negara.
“Warganegara ‘instant’ ini berpotensi mendaftar aset, menyertai institusi strategik dan menerima bantuan kerajaan, sekali gus menjejaskan kepercayaan antarabangsa terhadap sistem dokumen Malaysia.”
MCW turut menggesa audit menyeluruh terhadap SOP JPN bagi kes warisan dan naturalisasi, termasuk penubuhan sistem verifikasi silang dengan negara asal seperti yang diamalkan oleh ICA Singapura.
“Semua permohonan atas dasar warisan mesti melalui dua lapisan semakan - JPN dan Wisma Putra.”
Akhir sekali, MCW menyeru SPRM dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuka kertas siasatan terhadap kemungkinan wujud sindiket pemalsuan dokumen dalam atau luar jabatan.
FAM pula disaran menubuhkan jawatankuasa khas integriti dalaman bagi menyemak semula semua dokumen pemain naturalisasi sejak tahun 2018.