MALAYSIA
MDEC, Chungju Korea meterai kerjasama AgTech digital pacu agenda AI Negara 2030
(Dari kiri) Naib Presiden Digital Adoption MDEC, Ir Wan Murdani Wan Mohamad; CEO dan Pengasas Serunai Commerce Sdn Bhd, Amnah Shaari; Datuk Bandar Chungju, Republik Korea, Gil-Hyeong Cho; dan CEO Simplycare Bio Co. Ltd, Kim Sung Hoon.
CYBERJAYA: Malaysia memperkukuh agenda transformasi digital sektor pertanian apabila Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) menjalin kerjasama strategik pertama seumpamanya dengan Dewan Bandaraya Chungju, Republik Korea bagi memacu pembangunan AgTech digital dan menyokong aspirasi Malaysia sebagai Negara AI menjelang 2030.
Kerjasama rentas sempadan itu memberi tumpuan kepada penerapan teknologi digital dan kecerdasan buatan (AI) dalam pertanian, pembangunan petani digital, pengukuhan keselamatan makanan negara serta pertumbuhan ekonomi digital sejajar inisiatif Malaysia Digital (MD) AgTech yang diterajui MDEC.
Inisiatif tersebut turut mencerminkan komitmen Malaysia membangunkan ekosistem digital yang berdaya tahan, dengan AI dan teknologi digital sebagai pemacu utama peningkatan produktiviti, daya saing industri serta kesejahteraan komuniti pertanian.
Ketua Pegawai Eksekutif MDEC, Anuar Fariz Fadzil, berkata kerjasama strategik itu membuktikan bagaimana kolaborasi antarabangsa mampu mempercepat penggunaan AI secara praktikal dalam sektor AgTech.
“Kerjasama ini menunjukkan bagaimana teknologi digital dan AI boleh dimanfaatkan secara menyeluruh untuk memperkasa sektor pertanian, meningkatkan keselamatan makanan serta memperkukuh daya tahan ekonomi negara,” katanya.
Beliau berkata penerapan teknologi AgTech bukan sahaja membantu petani meningkatkan produktiviti dan kecekapan, malah membuka peluang baharu kepada generasi petani digital untuk berkembang dalam ekonomi berasaskan data.
“Pendekatan ini akan membantu meningkatkan taraf hidup petani, memastikan kelestarian rantaian bekalan makanan dan memperkukuh ekosistem agro makanan negara agar kekal berdaya saing di peringkat global,” tambahnya.
Kerjasama ini dibangunkan susulan kejayaan inisiatif AgTech digital kerajaan-ke-kerajaan Malaysia–Republik Korea yang dilancarkan pada 2022, melibatkan Kementerian Digital, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) serta MDEC, bersama Kementerian Sains dan ICT serta National Information Society Agency dari Korea.
Melalui inisiatif tersebut, tiga sistem AgTech berasaskan AI telah berjaya dilaksanakan di Malaysia iaitu Sistem Fertigasi Pintar AI, Sistem Pengairan Pintar AI dan Sistem Pengesanan Perosak AI yang menyokong pengurusan ladang lebih cekap dan mampan.
Susulan penglibatan berterusan, Dewan Bandaraya Chungju bersama rakan ekosistem SimplyCare Bio dari Republik Korea dan Serunai Commerce Sdn Bhd dari Malaysia memberi tumpuan kepada pemindahan teknologi AgTech, pendigitalan halal serta pengukuhan ekosistem digital rentas sempadan.
Komitmen tersebut dimeterai menerusi pertukaran Surat Hasrat antara MDEC dan Dewan Bandaraya Chungju sempena lawatan rasmi delegasi Korea yang diketuai Datuk Bandar Chungju, Cho Gil-Hyeong, ke Malaysia.
Selain itu, Memorandum Persefahaman (MoU) turut dimeterai antara Serunai Commerce Sdn Bhd, SimplyCare Bio dan Dewan Bandaraya Chungju bagi memulakan kerjasama dalam pendigitalan halal, kesiapsiagaan pensijilan digital serta pembangunan rangka kerja digital dipercayai bagi produk berasaskan pertanian.
MDEC memaklumkan transformasi digital sektor pertanian kekal sebagai keutamaan nasional di bawah Dasar Agromakanan Negara 2.0, Pelan Tindakan Dasar Sekuriti Makanan Negara serta teras strategik Majlis Ekonomi Digital dan Revolusi Industri Keempat Negara (MED4IRN).
Melalui kerjasama strategik ini, Malaysia diyakini mampu mempercepat pembangunan ekosistem AgTech berasaskan AI yang inklusif, mampan dan berskala, selari aspirasi negara untuk muncul sebagai hab ekonomi digital dan AI serantau menjelang 2030.