MDEC nafi tawar kerja kosong melalui SMS

Bernama
Mei 23, 2022 12:26 MYT
MDEC mengingatkan orang ramai supaya berhati-hati menerima SMS yang tular didakwa menggunakan nama syarikat berkenaan. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) menafikan tawaran jawatan kerja kosong dan menegaskan pihaknya tidak menjalankan sebarang pengambilan pekerja melalui mesej pesanan ringkas (SMS).
MDEC dalam kenyataan hari ini mengingatkan orang ramai supaya berhati-hati menerima SMS yang tular didakwa menggunakan nama syarikat berkenaan.
"Kami telah dimaklumkan terdapat sistem SMS yang menyamar sebagai MDEC menawarkan kerja kosong kepada orang awam.
"Kumpulan ini beroperasi tanpa kebenaran dan pengesahan daripada pihak MDEC," menurut kenyataan itu.
Kenyataan itu memaklumkan orang ramai yang mahukan penjelasan boleh menghubungi Perkhidmatan Pelanggan MDEC (CliC) melalui clic@mdec.com.my.
Orang ramai juga boleh melayari www.mdec.my atau laman sosial rasmi MDEC sekiranya ingin mendapatkan maklumat yang sahih berkenaan dengan program, inisiatif dan peluang pekerjaan.
-- BERNAMA
#MDEC #kerja kosong #scam #SMS