[TERKINI] Perang Israel-Iran Bakal Tamat? | Trump Umum Gencatan Senjata Penuh. Klik di sini untuk laporan penuh dan reaksi global.
MALAYSIA

MDEC perlu segerakan proses kelulusan geran, bantuan PKS digital - Annuar Musa

Astro Awani 07/09/2021 | 03:59 MYT
Tan Sri Annuar Musa berkata, dana lebih RM40 juta yang diperuntukan sebelum ini mesti diluluskan dalam tahun ini. - fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) diarah menyegerakan proses kelulusan geran dan bantuan kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) digital.
Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa berkata, dana lebih RM40 juta yang diperuntukan sebelum ini mesti diluluskan dalam tahun ini.
"Saya tekankan supaya setiap permohonan mesti diproses dan dibuat keputusan dalam tempoh tidak lebih daripada 60 hari," katanya menerusi perkongsian di media sosial pada Selasa.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Pada Isnin, Annuar bersama beberapa pegawai kanan dari KKMM mengadakan perbincangan bersama MDEC.
Antara perkara yang dibincangkan termasuk usaha menyediakan ekosistem digital yang selari dengan keperluan semasa
Turut bersama dalam lawatan itu ialah Ketua Pegawai Eksekutif MDEC, Mahadhir Aziz yang baru dilantik 1 September lalu.
Sumber Facebook AnnuarMusa
#PKS digital #ekonomi digital #Tan Sri Annuar Musa #MDEC