IPOH: Majlis Daerah Kampar (MDKpr) menafikan dakwaan pihaknya menangkap dan mencuri haiwan ternakan di dalam kandang pemilik.
Sebaliknya, Yang Dipertua MDKpr Ahmad Suqairy Alias berkata haiwan ternakan itu ditangkap dalam operasi oleh Bahagian Penguatkuasaan MDKpr pada 23 April lepas di kawasan Kolej Tunku Abdul Rahman di Bandar Baru Kampar.
"Operasi ini susulan daripada siri aduan dari pengurusan Kolej Tunku Abdul Rahman berkaitan haiwan merayau lembu dan kerbau yang memasuki kawasan Kolej Tunku Abdul Rahman. Pada hari tersebut sebanyak dua ekor kerbau berjaya ditangkap.
"Majlis Daerah Kampar menafikan sekeras-kerasnya tuduhan tersebut dan menegaskan tangkapan dibuat di kawasan Kolej Tunku Abdul Rahman, Bandar Baru Kampar," katanya.
Ahmad Suqairy berkata MDKpr melaksanakan tindakan penguatkuasaan haiwan merayau bagi memastikan keselamatan pengguna jalan raya dan kesejahteraan penduduk daerah Kampar secara amnya.
Pada Isnin, sekumpulan penternak lembu dan kerbau membuat laporan polis mendakwa haiwan ternakan mereka di dalam kandang di kawasan persendirian disita MDKpr berdasarkan rakaman video yang diperoleh mereka.
Wakil penternak, Mohamad Yusof Yasin, 65, berkata satu laporan polis dibuat Rabu lepas di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Kampar berhubung insiden pada 23 April di Kampar apabila seorang penternak mendapati dua ekor kerbau mereka hilang.
Ketua Polis Daerah Kampar Supt Mohamad Nazri Daud mengesahkan telah menerima laporan berkaitan kejadian itu dan kes disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 30 2024
Pada Isnin, sekumpulan penternak lembu dan kerbau membuat laporan polis mendakwa haiwan ternakan mereka di dalam kandang di kawasan persendirian disita MDKpr. - Foto media sosial
Warga Australia dipindahkan, lega pulang ke tanah air
Warga Australia yang dipindahkan dari New Caledonia yang mengalami rusuhan maut selama seminggu. memberitahu media tempatan mereka lega sebaik sahaja kembali ke tanah air pada Selasa.
Menteri ada rekod jenayah letak jawatan
Seorang Menteri Thailand, Pichit Chuenban, pada Selasa meletakkan jawatan selepas tertakluk kepada aduan undang-undang daripada senator yang boleh membawa kepada pemecatan Perdana Menteri Thailand, Srettha Thavisin atas pelantikannya.
Keranda bawa jenazah Raisi tiba di Tehran
Pegawai dan tokoh agama Iran menerima keranda Presiden Iran, Ebrahim Raisi dan beberapa individu lain di Tehran, dalam satu majlis pada Selasa.
PMX ke Jepun bermula Rabu, pertama kali sertai Persidangan Nikkei sebagai Perdana Menteri
Wisma Putra dalam kenyataan pada Selasa memaklumkan, PM Anwar menyertai persidangan tersebut atas jemputan Nikkei Inc. dan ia merupakan penyertaan pertama beliau sebagai Perdana Menteri.
Beri tumpuan kepada pelaburan dalam negeri - Dr Jomo
Kerajaan perlu memberi galakkan kepada pelaburan dalam negeri dalam usaha memacu pertumbuhan ekonomi negara.
Mat Sabu wakili Malaysia ke Iran, hadiri pengebumian Presiden Raisi
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu akan ke Iran bagi mewakili Malaysia untuk menghadiri pengebumian Presiden Iran, Almarhum Ebrahim Raisi.
Tumpuan Rabu – 22 Mei 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Jemaah Menteri setuju laksanakan penyasaran subsidi diesel
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, keputusan itu tidak melibatkan pengguna Sabah dan Sarawak kerana penduduk di sana kebanyakannya menggunakan diesel untuk urusan seharian.
Kerajaan bakal jimat RM4 bilion setahun
Jelas Perdana Menteri, dengan penyasaran subsidi diesel tersebut, jumlah penjimatan kepada kerajaan adalah dijangka sekitar 4 bilion ringgit setahun.
Satu langkah berani diambil kerajaan
Penasihat Penyelidikan Khazanah Research Institute, Prof Dr Jomo Kwame Sundaram menyifatkan pelaksanaan penyasaran subsidi ke atas bahan api termasuk diesel disifatkan satu langkah berani diambil kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
MDKpr nafi curi haiwan ternakan dalam kandang
Ahmad Suqairy berkata haiwan itu ditangkap dalam operasi oleh Bahagian Penguatkuasaan MDKpr pada 23 Apr lalu di kawasan Kolej TAR.