awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Salji sebabkan kesesakan lalu lintas di Paris, utara Perancis
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Gajah mengamuk bunuh enam orang di timur India
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MEASAT perlukan masa untuk selesaikan penstabilan satelit dan isyarat

Astro Awani
Astro Awani
27/06/2021
08:07 MYT
MEASAT perlukan masa untuk selesaikan penstabilan satelit dan isyarat
MEASAT berkata, tempoh masa yang lebih lama diperlukan selepas pihaknya merekodkan tahap penurunan perkhidmatan berselang.
KUALA LUMPUR: Pihak MEASAT Global Bhd (MEASAT) memerlukan masa tambahan untuk menyelesaikan sepenuhnya proses penstabilan satelit dan isyarat yang kompleks.
Dalam satu kenyataan media hari ini, MEASAT berkata, tempoh masa yang lebih lama diperlukan selepas pihaknya merekodkan tahap penurunan perkhidmatan berselang.
Tahap penurunan itu dibuat sewaktu pemantauan perkhidmatan satelit yang telah pulih daripada insiden anamoli di MEASAT-3 baru-baru ini.
“Untuk memastikan semua perkhidmatan beroperasi sepenuhnya pada tahap optimum dan akan dikekalkan dalam jangka panjang, kami meneruskan tahap pemantauan dan penyelenggaraan yang kritikal, dengan pasukan penuh bertugas untuk memastikan tahap prestasi sasaran dapat dicapai dengan segera dan dapat dijaga sepenuhnya.
“MEASAT menyesali kesulitan yang ditimbulkan. Untuk kemas kini terkini, sila layari www.measat.com,” menurut kenyataan itu lagi.
Pada 22 Jun lepas, Astro Malaysia Holdings Bhd (Astro) memaklumkan terdapat gangguan perkhidmatan satelit, dan pembekal satelit memaklumkan mereka memerlukan lebih masa untuk memperbaiki sepenuhnya masalah yang dihadapi.
Bagaimanapun, gangguan perkhidmatan telekomunikasi dan penyiaran menggunakan satelit MEASAT-3 sejak 21 Jun lalu berjaya dipulihkan.
BACA: Gangguan penyiaran satelit MEASAT-3 pulih - MCMC
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dalam satu kenyataan pada 24 Jun, mengesahkan bahawa gangguan tersebut berlaku susulan posisi satelit MEASAT-3 terjejas disebabkan oleh masalah teknikal.
Topic Berkaitan
#MEASAT
#Astro
#gangguan siaran
#gangguan teknikal
#MCMC
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan