awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketika 'sorakan semakin pudar' MMM Hall of Fame 2025 angkat legasi wira sukan negara
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MEASAT sediakan ketersambungan internet kepada hampir 500 ribu penduduk luar bandar

Irfan Faruqi
Irfan Faruqi
10/12/2023
14:36 MYT
MEASAT sediakan ketersambungan internet kepada hampir 500 ribu penduduk luar bandar
Yau Chyong Lim berkata MEASAT berjaya memberi sambungan internet kepada hampir 4,000 kampung yang meliputi hampir 500,000 populasi. - Gambar measat.com
KUALA LUMPUR: MEASAT memberi tumpuan untuk memberikan ketersambungan internet kepada tiga hingga empat peratus penduduk luar bandar yang belum menikmati kemudahan itu.
Ketua Pegawai Operasi MEASAT Satellite Systems Sdn Bhd, Yau Chyong Lim berkata setakat ini MEASAT berjaya memberi sambungan internet kepada hampir 4,000 kampung yang meliputi hampir 500,000 populasi seluruh negara.
“Untuk berikan sedikit gambaran, kami telah usahakan ketersambungan bagi mereka yang tidak berhubung melalui jenama kami CONNECTme sejak lima tahun lalu.
Kami berkerja keras untuk menghubungkan tiga hingga lima peratus terakhir kawasan luar bandar. Hari ini kita telah menyambungkan hampir 4,000 kampung, yang meliputi 500 ribu populasi seluruh negara,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam program Agenda AWANI pada Ahad.
Jelas Chyong Lim, pelancaran MEASAT-3d tahun lalu telah membolehkan penyediaan sambungan internet lebih pantas sehingga 200 Mbps.
“Menyediakan ketersambungan hanyalah langkah pertama. Lebih penting, kami juga mula sediakan platform e-dagang. Sasaran kita adalah untuk menjadi penyedia perkhidmatan utama di luar bandar, seperti e-dagang dan perbankan dalam talian,” katanya.
MEASAT sediakan ketersambungan internet kepada hampir 500 ribu penduduk luar bandar
Sementara itu, Pengerusi MEASAT Global Berhad, Rezza Hassan berkata, MEASAT memastikan wakil perkhidmatannya berada dekat dengan pengguna demi memastikan perkhidmatan ketersambungan internet dapat memberi manfaat maksimum kepada pengguna luar bandar.
Jelasnya, ia salah satu keunikan MEASAT yang sememangnya berada di lapangan dan membolehkan penyediaan perkhidmatan mengikut keperluan individu pelanggan.
“Perbezaan utama ialah kita berapa di lapangan. Kita boleh optimumkan perkhidmatan mengikut keperluan pengguna. Kita ada wakil yang akan bercakap dengan pelanggan.
"Bahkan, kita juga sediakan perkhidmatan susulan (selepas jualan). Sekiranya solusi kita tidak berfungsi, pelanggan boleh saja hubungi kita dan kita kembali untuk menyelesaikan isu berbangkit,” katanya.
Selain itu, beliau menjelaskan perkhidmatan yang disediakan oleh MEASAT tidak memerlukan pelanggan untuk membeli sebarang set perkakas baharu. Sebaliknya, hanya perlu mendapatkan baucar sambungan internet dan terus digunakan pada tablet atau sebarang gajet sedia ada.
MEASAT berada di lapangan, beri perkhidmatan terus ikut kehendak pelangan
Topic Berkaitan
#E-dagang
#MEASAT
#ketersambungan internet
#5G
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan