Media berperanan besar pengaruhi belia, ummah - Tokoh akademik

Bernama
Ogos 27, 2019 12:56 MYT
Media berperanan besar dalam mempengaruhi minda untuk menjadi warganegara yang baik serta cemerlang dalam negara majmuk seperti Malaysia. - Gambar fail
Media berperanan besar dalam mempengaruhi minda golongan muda dan ummah untuk menjadi warganegara yang baik serta cemerlang dalam negara majmuk seperti Malaysia.
Felo Pusat Pengajian Islam University of Oxford Datuk Dr Afi-fi al-Akiti berkata corak pemikiran penduduk di negara ini terutamanya generasi muda boleh diubah menerusi budaya perwakilan media di negara ini.
"Media terutamanya Bernama, perlu melaksanakan peranan itu lebih-lebih lagi kerana mereka telah diamanahkan dan diberikan amanah itu sebagai agensi kerajaan untuk melakukannya," katanya kepada Bernama semasa melakukan kunjungan ke ibu pejabat Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) di sini hari ini.
Turut hadir Pengerusi Bernama Datuk Seri Azman Ujang dan Ketua Pegawai Eksekutif Bernama Nurini Kassim.
Afifi juga adalah Imam Paduka Tuan (Orang Besar Delapan) Perak.
-- BERNAMA
#Afi-fi al-Akiti #Bernama #golongan muda #negara majmuk #peranan media #Pertubuhan Berita Nasional Malaysia #Ummah #University of Oxford