KUALA LUMPUR: Media cetak diramalkan mampu bertahan dalam tempoh sedekad lagi atau lebih lama kerana akhbar sentiasa dianggap sebagai medium himpunan data atau maklumat untuk pelbagai agensi termasuk badan kerajaan, perpustakaan dan institusi pengajian tinggi.
Wartawan veteran Balan Moses berkata aspek mampu bertahan yang dimiliki akhbar amat penting berbanding sifat tidak kekal kewartawanan dalam talian kerana ia sentiasa mengutamakan ketepatan maklumat sejak awal.
"Kewartawanan dalam talian dianggap bersifat tidak kekal kerana apa yang anda lihat ketika ini mungkin tiada lagi dalam tempoh sejam berikutnya susulan pintasan berita atau peristiwa terkini dan komen yang dibuat.
"Jadi, apa yang berlaku dalam tempoh sejam atau 10 jam lepas sudah tenggelam dek masa. Jadi, bagaimana seseorang boleh kembali menghayati sesuatu cerita," katanya ketika menjadi tetamu The Nation terbitan Bernama TV bertajuk 'Is the Death of Print Media Imminent?' di sini semalam.
Ditanya mengenai mesej beliau kepada semua wartawan sempena sambutan Hari Wartawan Nasional 2023 (HAWANA) yang bermula hari ini,
Balan yang memulakan kerjaya dalam bidang kewartawanan pada 1978 berkata pengamal media perlu bekerja keras dan teliti dalam apa jua yang mereka lakukan tanpa mengira medium sama ada bercetak, dalam talian atau penyiaran.
"Masa depan negara bergantung kepada apa yang anda laporkan, cara anda menulis laporan itu dan analisis yang anda lakukan agar negara mampu bergerak ke hadapan," katanya sambil menambah HAWANA 2023 sepatutnya disambut oleh wartawan dahulu dan sekarang atas sumbangan mereka kepada negara.
Balan berkata tugas wartawan dan khidmat yang mereka sediakan kepada pembaca telah membentuk negara ini sejak 50 hingga 60 tahun lepas.
HAWANA 2023 akan berlangsung di Ipoh, Perak bermula hari ini hingga 29Mei dan bakal menyaksikan pemain industri serta pakar lain membincangkan survival media tradisional dalam era digital serta cara untuk menarik hasil iklan menerusi forum bertajuk 'Future of Media.'
Selain itu, pelbagai aktiviti menarik menanti pengunjung Karnival Mini Hawana yang berlangsung selama dua hari bermula 27 Mei ini dari 10 pagi hingga 6 petang di Concourse 2, Mydin Mall Meru.
Terdahulu, Penganalisis Pengurusan Krisis Nordin Abdullah ketika menjadi tetamu program The Brief terbitan Bernama TV berkata media konvensional perlu memikirkan keputusan strategik dan memperuntuk sumber bagi memastikan apa yang dipapar di platform media sosial mereka adalah efisien serta diurus dengan baik dari segi etika dan standard kewartawanan.
Ditanya mengenai cabaran dalam membicarakan topik sensitif di negara ini, beliau berkata wartawan yang bijak akan tahu cara untuk menonjolkan isu itu serta menanganinya dengan kaedah bersesuaian dengan budaya kita.
"Jika kita melihat sejarah beberapa peristiwa besar di Malaysia, wartawan ternyata telah memainkan peranan penting dalam isu-isu yang turut menjadi perhatian dunia. Malaysia boleh melakukannya. Kita sudah melakukannya sejak sekian lama, jadi kita mampu menangani sensitiviti budaya," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 26 2023

Aspek mampu bertahan yang dimiliki akhbar amat penting berbanding sifat tidak kekal kewartawanan dalam talian kerana ia sentiasa mengutamakan ketepatan maklumat sejak awal. - Gambar hiasan

Exco Terengganu, dua anak bergraduasi MBA bersama
Exco Terengganu, Datuk Razali Idris telah menamatkan pengajian Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA) di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam bersama dua anaknya.

Pemilihan PKR 2025 asas penting hadapi PRU16 - Rafizi
Pemilihan PKR 2025 adalah asas penting ke arah memperkuatkan parti dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16), kata Rafizi.
AWANI Ringkas: Polis siasat dakwaan vokalis kumpulan muzik 'skinhead' dipukul
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PM Anwar ke Rusia esok, penuhi jemputan Presiden Putin
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan lawatan rasmi ke Rusia bermula 13 hingga 16 Mei ini bagi memenuhi undangan Presiden Vladimir Putin.
Trump akan tandatangani perintah eksekutif kurangkan harga ubat sehingga 80 peratus
Presiden AS Donald Trump mengumumkan perintah eksekutif untuk mengurangkan harga ubat preskripsi sehingga 80%, menyifatkannya sebagai antara perintah eksekutif paling penting dalam sejarah negara.
Pope Leo XIV seru gencatan senjata segera di Gaza
Pope Leo XIV menyeru gencatan senjata segera di Gaza dan melahirkan rasa dukacita terhadap situasi kemanusiaan yang semakin meruncing, dalam ucapan pertamanya selepas dilantik sebagai Paus.
Cuaca panas melampau uji ketahanan jemaah di tanah suci
Pihak berkuasa Arab Saudi menjangkakan suhu melampau mencecah antara 45 hingga 50 darjah Celsius di Makkah, membahayakan kesihatan jemaah haji. Langkah keselamatan disarankan untuk mengatasi cabaran ini.
Kereta api laju Indonesia catat rekod 25,000 penumpang sehari semasa cuti Wesak
Kereta api berkelajuan tinggi Whoosh mencatat rekod baharu dengan mengangkut lebih 25,000 penumpang dalam sehari, mencerminkan peranannya sebagai pilihan mobiliti yang pantas dan moden.

Pemandu pacuan empat roda rempuh motosikal bukan pemilik kenderaan
Polis masih menjalankan proses sambung reman ke atas suspek dan kes akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut.
MBPP minta orang ramai jangan beri makan burung
Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) mengeluarkan kompaun terhadap lima individu bulan lalu kerana memberi makanan kepada burung merpati di tempat awam.

Media cetak mampu bertahan untuk tempoh sedekad lagi atau lebih - Wartawan veteran
Aspek mampu bertahan yang dimiliki akhbar amat penting berbanding sifat tidak kekal kewartawanan dalam talian.

Sinar Harian bertahan kerana berani papar kebenaran
Tempoh 15 tahun bukan sahaja mematangkan Sinar Harian, malah ia juga membantu akhbar tersebut mencipta kredibiliti yang tersendiri dalam industri media cetak.

Rozaid Rahman dilantik Ketua Pengarang Sinar Harian
Wartawan veteran Rozaid Abdul Rahman dilantik sebagai Ketua Pengarang Kumpulan Sinar Harian merangkap Ketua Pegawai Pengisian yang baharu, berkuat kuasa hari ini.

Akhbar fizikal terus hidup jika terbit kandungan berkualiti
Dr Shahrul Nazmi Sannusi yakin sesebuah akhbar itu mampu bertahan sekiranya kandungan yang diterbitkan itu berkualiti.

Terus sokong akhbar - Azman Ujang
Media kini merupakan bidang amat mencabar susulan ledakan atau transformasi dalam teknologi maklumat.

Peralihan kepada kewartawanan digital adalah trend - Wartawan veteran
Suthichai Yoon berkata berlaku perubahan menyeluruh dalam industri kewartawanan dan peralihan kepada kandungan digital adalah trend dalam industri.

Media cetak tidak akan hilang ditelan zaman - Kadir Jasin
Walaupun terdapat pelbagai spekulasi bahawa media cetak akan hilang ditelan zaman dan akan diambil alih oleh media digital, namun ramai juga yakin media cetak akan kekal sentiasa.