awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ultras Selangor dilarang masuk stadium bagi tiga perlawanan
Iran tidak akan runding program misil - Araghchi
PM Wong zahir penghargaan ke atas penyertaan TUDM di Pertujukan Udara Singapura 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Media cetak tidak akan hilang ditelan zaman - Kadir Jasin

T K Letchumy Tamboo
T K Letchumy Tamboo
31/03/2013
07:07 MYT
Media cetak tidak akan hilang ditelan zaman - Kadir Jasin
Walaupun terdapat pelbagai andaian dan spekulasi bahawa media cetak akan hilang ditelan zaman dan akan diambil alih oleh media digital, namun ada juga berkeyakinan media cetak akan terus kekal relevan di masa akan datang.
Tokoh Wartawan Negara 2011, Datuk A. Kadir Jasin berkata media cetak masih boleh menjadi relevan di masa hadapan dan semuanya bergantung kepada bagaimana media cetak mengambil kesempatan daripada perubahan teknologi.
“Media cetak kini, selain daripada format surat khabar, turut mempunyai versi online.
“Kombinasi ini menarik perhatian kepada pelbagai kumpulan pembaca kerana ada orang yang akan membaca kedua-duanya sekali ,” kata beliau kepada Astro Awani.
Kadir bagaimanapun tidak menolak sikap pembaca muda hari ini yang lebih berkecenderungan untuk mendapatkan sumber berita harian melalui media digital seperti telefon pintar dan internet. Bagi beliau ini memberikan cabaran baru buat pengendali media cetak itu lebih kreatif.
“Pembaca muda akan membaca berita hanya di internet. Jadi, isu ini bergantung kepada bagaimana media cetak boleh dapat menyesuaikannya dengan persekitaran teknologi yang kian berubah,” akhiri beliau.
Topic Berkaitan
#Datuk A. Kadir Jasin
#era digital
#media cetak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan