Media rai hari lahir Noor Hisham dengan cara penjarakan sosial

Harits Asyraf Hasnan
April 21, 2020 11:43 MYT
Majlis bermula selepas selesai sidang media yang dikendalikan beliau apabila beberapa kek disampaikan kepada beliau seiring nyanyian hari lahir. - Foto BERNAMA
Petugas media yang menghadiri sidang media harian berkait COVID-19 meraikan ulang tahun kelahiran Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.
Namun, keraian itu dilakukan secara normal baharu, iaitu dengan penjarakan sosial dalam kalangan mereka yang berada di dewan tersebut.
Majlis bermula selepas selesai sidang media yang dikendalikan beliau apabila beberapa kek disampaikan kepada beliau seiring nyanyian hari lahir.
Ucapan sempena hari lahir ke-57 beliau itu melimpahi media sosial sejak tengah malam tadi sehinggakan #HappyBirthdayDGHisham trending di Twitter.
BACA: Dalam 'perang' survival rakyat Malaysia, Dr. Noor Hisham diraikan sempena hari istimewanya
#Birthday Noor Hisham #Dr Noor Hisham Abdullah #hari lahir Noor Hisham #Ketua Pengarah Kesihatan #Noor Hisham Abdullah