[TERKINI] Mohd Khalid Dilantik Ketua Polis Negara ke-15 – Ikuti Laporan Penuh di Sini
NATIONAL

Media sosial bukan platform terbaik untuk mencari jodoh - undian

Syafique Shuib 18/08/2015 | 23:31 MYT
Majoriti pembaca AstroAwani.com berpendapat media sosial bukan platform yang terbaik untuk mencari jodoh kerana terdapat banyak penipuan di internet. -Gambar fail
Majoriti pembaca AstroAwani.com berpendapat bahawa media sosial bukanlah platform yang terbaik untuk mencari jodoh.
Menerusi satu undian yang dilakukan di laman web ini, 75.24 peratus memilih 'Tidak' berbanding ‘Ya’ (24.75 peratus).
Jawapan itu terbahagi kepada beberapa sebab.
Daripada angka keseluruhan, 35.64 peratus berkata ia kerana banyak penipuan yang boleh berlaku.
Hampir 33.66 peratus berkata ia kerana susah untuk mengenali hati budi menerusi media sosial dan 5.94 peratus berkata mereka bukan pengguna media sosial yang aktif.
Dari kalangan pembaca yang berkata ‘Ya’, 10.89 peratus berkata media sosial lebih mudah untuk mencari jodoh.
Ada juga yang memilih media sosial kerana lebih selesa berkomunikasi dalam talian (9.9 peratus) dan ia merupakan trend dalam kalangan kenalan mereka (3.96 peratus).
Sementara itu, beberapa pembaca turut kongi pendapat mereka tentang isu ini:
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Dalam laporan khas Astro AWANI pada Isnin, seorang pengurus agensi mencari jodoh Zainuddin Md Jaffar, mendakwa tidak menggunakan internet dalam menjalankan operasinya.
"Dalam internet, dia banyak kisah yang berisiko penipuan dalam soal cari pasangan hidup.
"Kalau barang boleh kita jual dalam internet, tetapi ini hati dan perasaan kita, jadi pihak agensi akan buat tapisan sebelum pasangan berjumpa terus,” katanya kepada Astro AWANI.
#agensi mencari jodoh #media sosial #mencari jodoh #Zainuddin Md Jaffar