MALAYSIA
Media sosial dibanjiri perkongsian hujan berterusan, ribut tropika Senyar jadi tumpuan
Hujan yang dilaporkan turun tanpa henti di banyak lokasi sejak awal pagi menimbulkan kebimbangan orang ramai seterusnya mencetuskan perbincangan hangat di media sosial. - Foto MetMalaysia
KUALA LUMPUR: Hujan berterusan sejak awal pagi di pelbagai lokasi seluruh negara mencetuskan perbincangan hangat dalam kalangan pengguna media sosial, yang mengaitkannya dengan kehadiran ribut tropika Senyar di rantau Asia Tenggara.
Ringkasan AI
Rata-rata pengguna berkongsi keadaan cuaca di kawasan masing-masing, termasuk hujan lebat dan angin kencang yang berlarutan sejak semalam.
Di laman sosial Threads, pengguna @syazanadzirahnizar melaporkan hujan tidak berhenti di Melaka sejak petang semalam.
Seorang lagi pengguna, @puterisyafiqah, turut berkongsi keadaan cuaca di kawasan sama.
Sementara itu, @shaidatulakma dari Banting memaklumkan keadaan angin kencang yang membimbangkan.
“Angin kuat betul dekat Banting. Tempat korang macam mana? Ya Allah, moga baik-baik je semua.”
Pengguna @syhiryusof yang turut berada di Banting mengesahkan situasi sama.
“Kita pun kat area Banting ni, sampai sekarang hujan angin tak berhenti.”
Di Kajang, @suhailaramli melaporkan hujan turun secara berselang-seli sejak pagi semalam, manakala @nessu dari Shah Alam menulis:
“Seksyen 13 masih hujan dan tidak lagi berhenti.”
Ribut Tropika Senyar Hampiri Perairan Malaysia
Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) semalam, ribut tropika Senyar yang terbentuk di utara Sumatera kini menghampiri perairan Selat Melaka.
Fenomena ini dijangka membawa hujan lebat, angin kencang dan laut bergelora di beberapa negeri di bahagian barat dan tengah Semenanjung.
Ketua Pengarah MetMalaysia, Mohd Hisham Mohd Anip, berkata ribut tersebut dikesan pada koordinat 3.6°U 99.9°T, kira-kira 102 kilometer ke barat daya Lumut, Perak.
Beliau menasihatkan orang ramai agar sentiasa berwaspada dan mengikuti perkembangan cuaca terkini melalui laman web rasmi MetMalaysia, aplikasi myCuaca, saluran media sosial rasmi, atau menghubungi talian hotline 1-300-22-1638 untuk maklumat lanjut dan amaran terkini.
Ringkasan AI
- Ribut tropika Senyar mendekati perairan Malaysia, mengundang hujan lebat, angin kencang, dan laut bergelora di bahagian barat dan tengah Semenanjung.
- Pengguna media sosial melaporkan hujan berterusan serta angin kencang di pelbagai lokasi, seperti Melaka, Banting, Kajang, dan Shah Alam.
- Ketua Pengarah MetMalaysia, Mohd Hisham Mohd Anip, mengingatkan orang ramai untuk berwaspada dan memantau perkembangan cuaca terkini melalui pelbagai saluran maklumat yang disediakan.